Tuesday, December 31, 2013

Mr. Tawakkal

Hannah memasukkan kedua-dua tangannya kedalam poket.Langkah nya laju melalui lorong-lorong belakang kedai menghala pulang kerumah

"Assalamualaikum !" tali kasut dibuka.Rumah masih sepi.yang ada hanya uswah .
"waalaikumussalam.eh,dari mana?" soal Uswah sambil meneguk sisa nescafe yg berbaki.

Eh dia ni.takkan aku baru balik shopping kot dah nampak dengan buku-buku ni.

"soalan kau tu sebenarnya nak beramah mesra ke apa?kelas lah.habis awal.kelas last kan.kau ni bila exam?"

Hannah meletakkan buku-bukunya didalam bilik.Tingkap bilik ditutup.Begitulah kebiasaannya.Sebelum pergi kelas tingkap terpaksa dibuka sedikit bagi mengelakkan dinding berkulat.Nasib baik rumah tingkat 5. kalau tingkat 1 aku rasa jadi mangsa rompakan dah.

"bukanlah nak ramah-ramah dengan kau.dahsyat sangat asap keluar dari mulut kau.luar salji ke?"
"tak.tapi angin dia bolehlah tumbangkan kau.kau kuruskan.aku ni mampu lagi lah jalan.exam bila ?"
"esok"
"esok ?memang masuk pasal candy crush ke apa dari semalam kau tak habis2 ngadap game ni"

Tab uswah diambil.selagi tab berada ditangan uswah,takde beza cakap dengan dinding.Dahsyatnya lah game ni hingga mampu mengajar manusia bersikap lebih 'fokus' huh !

"ala. dah study sikit.selebihnya tawakal lah." jawab uswah sambil keningnya diangkat.

Esok exam final bagi pelajar tahun akhir akan bermula.Bagi uswah,untuk apa dia belajar sesuatu yang dari awalnya dia memang tak faham.Takpe.orang cakap kita ada senjata.Doa ! yeah !

uswah menghulurkan mee goreng kepada hannah "nah.jom share"

"makanlah.aku makan dah tadi."
"taknak sudah!"
"kenapa kau makan mee tu?"
"takde soalan susah lagi ke kau nak bagi? mestilah sebab lapar"
"ohh.kau tahu kalau lapar,kena makan?asal kau tak tawakal je supaya perut kau kenyang tanpa makan?"

Uswah senyap.mula dah ceramah 12tengahari hannah.mula dah diaa.

"aku salute dengan konsep tawakal kau yg tinggi.aku rasa aku pun tak mampu macam tu."

Hannah menutup televisyen.Wajah uswah yang masih leka menghabiskan mee goreng dipandang.Uswah..kau ni bijak.semua orang tahu.

"alah hannah.kau nak ulang ayat sama ke? 'kalaulah kita tak payah usaha,tawakal je,kenapa rasulullah ikat unta dia sebelum ditinggalkan' .10kali dah aku dgr ayat ni"



Hannah gelak.memang itu hujah yang sentiasa diguna andai uswah leka dengan games.dengan candy crush.dengan super mario.dengan macam-macam games yg diinstall dalam tab nya.

"bukan.sebenarnya aku cakap pasal tawakal ni nak ingat kan diri aku jugaklah supaya usaha tu biar sampai pengsan dulu baru boleh cerita pasal tawakal.

Saidina umar ada meriwayatkan tentang kisah penyakit ta'un.Umar dengan sahabat lain nak pergi ke negeri syam.Then diorang stop kat Jabiyah.dikhabarkan dekat negeri syam sekarang menular wabak ta'un yang sangat dahsyat.kau tahu tak penyakit ta'un tu apa uswah?"

"tahulahhh.yang penyakit berjangkit tu" uswah mula tertarik dengan kisah hannah.begitulah uswah.tentang kisah sahabat,dia suka untuk mendengar.dia suka tentang sejarah.tapi dia benci teori.haih uswah

"haa.pandai.then one of sahabat tu cakap 'patut ke kita meneruskan perjalanan ke syam?ia akan membahayakan kita.'
dan sahabat yang lain pun menjawab 'kita masuk je .kita tawakal je pada Allah.takkan kita nak lari dari qadar Allah .dan takkan nak jauhkan diri dari maut.Allah pun ada cakap dalam surah albaqarah 243

Tidakkah kamu memperhatikan org2 yg keluar dari kampung halamannya,sedang jumlahnya ribuan kerana takut mati?Lalu Allah berfirman "matilah kamu!"

then sorang sahabat bertanya pada saidina umar.apa pandangan saidina umar.dan saidina umar pun cakap "kita patah balik.dan jangan meneruskan perjalanan ke syam."

lepastu kan.jeng jeng ! ada sorang sahabat tak setuju. dia cakap "kita lari dari qadar Allah?"

saidina umar jawab "ya.kita lari dari qadar Allah dan kembali kepada qadar Nya"

Subuh esoknya,abdurrahman berjumpa dengan umar dan bertanya tentang hal ni.dan abdurrahman cakap "aku terdengar rasulullah berkata : andai kamu terdengar tentangnya (penyakit ta'un) orang yg berada ditempat tersebut jangan keluar.dan orang luar jangan masuk" 

Menarik kan kisah ni?kau faham tak apa aku nak sampaikan?"

uswah menarik teddy bear dihujung katil . duduknya dibetulkan.

"menariklah sebab kau ubah cerita tu jadi ayat kau.tapi aku tak faham apa kaitan dengan tak study?"

angin winter menyebabkan uswah pending ke apa ni?penat aku cerita panjang-panjang.aishhhh

"kan sorang sahabat tadi cakap,kita teruskan je perjalanan ke syam walaupun kat syam ada penyakit ta'un.kita tawakal je kat Allah.macam keadaan kita yang biar je tak study.kita redah je exam.kita tawakal je.kalau failed itu takdir.

pastu umar cakap,memang kita lari dari qadar Allah.tapi kita kembali pada qadar Dia.means bukan umar nak suruh lari dari maut.tapi kita akan kembali pada qadar Dia.lari dari penyakit,dan pergi kepada qadar Allah yang lebih baik.

macam tu lah bila nak exam.pilihan mcm mana kita nak natijah exam tu,bergantung pada kita awalnya.macam mana usaha kita.bila dah usaha,kita berperang time exam.lepas exam tu baru kita bergantung penuh pada Allah.kita serahkan semuaaa yang kita dah buat pada Allah.masa tu kalau failed,at least ada sesuatu kita dah persembahkan pada Allah.usaha-usaha kita."

"hmmm. tiba-tiba aku sentap....thanks la hannah. betul jugak tu.."

"kita beriman dengan ayat
وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (8:61)

tapi kita juga perlu ingat tentang ayat ni

“Dan katakanlah; bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu” (surah Taubah: 105)

So uswah,esok tahun baru, ada apa-apa azam?

"er . ada . tapi rahsia .habis final,aku cakap ! jom zohor !"


Berdoa tanpa usaha bagaikan pengemis, berusaha tanpa doa bagaikan komunis




2 comments:

Aliyah Al~Istiqamah said...

ana jeleslah dengan penulisan enti yang sentiasa update entry kerap kali

macam airrrrrr
nak jadi mukmin yang mengalir macam air jugaaaaaaaak!

dayang selasih said...

@aliya : medium penulisan je yg mampu setakat ni

moga sama2 mengalir mcm air <3