Tuesday, December 24, 2013

Murobbina,Doc Asyraf Bani Kinanah


Setiap hari,menaiki tangga ketingkat 3 utk ke kuliah , melintasi bilik2 doc yang ada.
Pintu bilik yang tertera nama doc asyraf bani kinanah masih tertutup.Dulu bila lalu bilik ni,akan terlihat ulama’ itu sibuk dengan kitab2 nya.kadang2 ada pelajar datang bertanya.Terus mengharap pintu tersebut kembali terbuka,dan ulama’ itu terus mengajar seperti biasa.



Mendapat berita ttg doc berpindah ke university ummul quro mekah almukarramah,aku kira itu bukan satu berita yg gembira.Ditambah dengan ada subjek yang mostly student nak sangat belajar dengan dia. Pernah PM dia tapi tak berbalas.pernah msg dia,aku kira tak delivered pun.mesti dah tukar nombor. Hilang seorang murobbi,seorang ulama’ kesayangan semua pelajar Malaysia.

Allah itu tahu.dan Allah itu maha mendengar.

Hampir setahun,sekadar melihat pintu bilik doctor yg tertutup,tiba2 dapat PM dari doc.memberitahu ttg beliau sekarang berada diummul quro. Dan minta sampaikan kepada pelajar Malaysia jika ada apa2 perkara nak tanya,boleh whatsapp .


Allahuakbar . ini bukan hadiah dari santa claus yg cuba memberikan rasa gembira,tapi sungguh ini benar2 hadiah terindah dari Dia. Saat pelajar Malaysia sedang bergelumang dengan kitab2 utk menduduki final exam tak lama lagi,aku kira dapat berhubung dengan doctor bagaikan satu suntikan semangat.




Ramai doc diyarmouk,tapi mungkin sebab aku kagum sangat dengan doc asyraf bani kinanah.dulu dia one of doc yg aku paling scary. Exam pertama ambil dengan dia,dapat markah 6/20 . padahal subjek tu dah repeat utk kali kedua. Scary kan? But juhud sikit utk second and final exam.alhamdulillah.lepas.

Dalam kelas doc jarang ajar ikut apa yg ada dibuku.doc suka ajar ikut keadaan semasa and kefahaman kita.jatuh cinta dengan akhlak dia.sangat mencontohi akhlak rasulullah.dari semua aspek. Kalau nak cakap best student dalam kelas tu,memang tak lah.padahal doc pernah je tegur secara sopan “bagaimana seorang penuntut ilmu itu akn mendapat ilmu andai matanya tertutup” masa tu,aku tak terasa pun doc tuju utk aku.sebab dah ngntuk.so x faham apa dia ckp.bila kawan sebelah siku tgn,baru mata terus segar .heh

sebab kadang2,bila tak faham,nak bercakap xboleh.antara cara nk bertanya kwn sebelah -.-'
er.dan juga boleh hilangkan ngntuk.heh


Doc sangat intabih (ambil perhatian) tentang pelajar Malaysia.pernah doc tegur
“kenapa pelajar lelaki suka berambut pjg?”
“kenapa pelajar perempuan berseluar kekuliah?”

Dalam setiap perkara,doc akan utamakan kemashalatan. kerana  beliau seorang ulama’.dan beliau tak mahu meletakkan diri dlm keadaan fitnah.beliau tak mahu ada akhowat whatsapp secara personal.jadi beliau minta utk wujudkan group whatsapp asing lelaki dan perempuan.

Kagum.apabila awalnya beliau memulakan conversation,meminta utk semua perkenalkan diri dan minta  hantar gambar utk beliau cuba ingat semula wajah2 anak didik.apabila aku maklumkan “ini group akhowat” beliau terus minta maaf.dan beliau terangkan beliau tak tahu group itu akhowat.

Menceritakan tentang kisah beliau diummul quro.tentang bagaimana pembelajaran disana,keadaan disana,.kami bertanya tentang pelbagai hukum dan masalah,Alhamdulillah.
sort of conversation yg menarik.
"pelajar diummul quro,lelaki berada ditempatnya.dan perempuan ditempat 20km jarak dari tempat lelaki
dan guru lelaki tak masuk ke kelas perempuan.hanya mengajar dari belakang langsir atau pancar LCD.dan
guru hanya mendengar suara pelajar sahaja"
(lepas tu aku tny,bukan ke dlm islam diberi kelonggaran jika dlm pembelajaran.so adalah doc jwb pjg2..)


Hadaf beliau utk terus menyampaikan ilmu walaupun jauh.alhamdulillah.

Aku kira,hari ini bagaikan satu impian sebelum pulang kemalaysia dah terlaksana.alhamdulillah.insyaAllah moga diberi kesempatan utk bertalaqi dengan doc bersama sahabat yg lain musim bunga nanti.

nota hati : Tiba-tiba rasa macam satu kejayaan dapat tulis dalam bahasa skema.Mungkin sebab menulis tentang seorang ulama'. Gelombang winter yg kedua akan berlaku.Doakan supaya semua berkeadaan baik .InsyaAllah .saheelna ya rabb.

1 comment:

Aliyah Al~Istiqamah said...

ana tak penah blaja dengan beliau T-T