Tuesday, November 26, 2013

Lekehkan usaha

Kelihatan jari jemari comel sedang khusyuk menulis.Adakalanya pensil yang dipegang terhenti .Ada masanya air mata nya jatuh kebuku lantas disapu2 tempat yang basah.

Terdengar sedu kecil .Selimut ditarik.Matanya dipejamkan .Sudah terlalu letih menangis.Mungkin.

"Kenapa semua orang marah yana.Semua orang tak sayang yana ke.Yana belajar betul-betul dah.yana sorokkan report card sebab yana tahu ayah marah.mak marah.semua orang tak sayang yana."

Diari tersebut aku tutup . lampu bilik aku padam .mungkin hari ni,yana merasakan hari paling malang.hati anak kecil berumur 7tahun itu mula inginkan rasa difahami.jiwa anak kecil itu mula rasa tidak diendahkan.emosi anak kecil itu mula rasa terdera.

Situasi ini sering sahaja terjadi bukan ? Sama ada ketika kita kecil .Ataupun ia dilakukan oleh kita.kepada anak-anak kita.kepada adik-adik kita .

Insan cilik yang kita mahukan membesar dalam keadaan yang perfect,maka dia terpaksa perfect dimata kita.kadang..dia korbankan keinginannya,perasaannya,supaya dirinya tidak menjadi bahan amarah kita.

Entah kenapa.kita sebagai insan yang lebih dewasa,begitu susah untuk wujudkan rasa memahami pada anak kecil.rasa menghargai pada setiap hasil yang dilakukan.wal hal,kita nampak setiap usahanya.kita nampak semua susah payahnya.kita nampak betapa dia cuba untuk menjadi perfect dimata kita.sama ada dari segi akademik,akhlak,dan lain2.

Suka dengan status ustazah norhafizah :
 Hari ini result UPSR diumumkan. Setinggi-tinggi tahniah dari ustazah untuk anak-anak dan para ibu bapa mereka yg telah berjaya cemerlang dan doa dipanjatkan kepada Allah agar anak-anak yang kurang cemerlang dan kurang berjaya terus mekar harapan dan usaha untuk menimba ilmu. 

Anak ustazah tidak terkecuali...pukul 11 pagi tadi, dengan ditemani abinya..ustazah lihat pemergiannya untuk mengambil keputusan upsr dengan wajah yang sangat ceria. " Ummi...takutnya...", tapi bibirnya mengukir senyum. 

Ustazah menanti kepulangannya dalam debaran...selepas hampir satu jam masa berlalu, anakanda ustazah pulang dengan deraian airmata. Ustazah rasa seperti dapat mengungkap apa yang berlaku. Perlahan abinya kata, " 3A 2B". Luncur ustazah menyambutnya dengan Alhamdulillah 'ala kullihal wa fi kulli hal. Anakanda ustazah terus menangis..dia mengharapkan result yang cemerlang seperti kakaknya supaya dapat bersekolah di sekolah yang sama.

Ustazah biarkan dia menangis puas-puas...biarlah dia berseorangan dalam kamarnya, pasti saat dia menangis bermacam-macam yang terfikir di kotak ingatannya. Biarkan dia dewasa sebentar dengan kenyataan hidup. Kebetulan hari ini ustazah agak sibuk, ustazah teringat anakanda yang sulung akan pulang bercuti ke rumah malam ini. Ustazah hubungi si kakak, " kak long tolong belikan kad ucapan tahniah ya, sbb umi nak bagi kat adik". Jawab si kakak.," bukan 5A kan ummi..naper nak berkad2". Respon ustazah " kak long, walupun adik tak dapat 5A...tapi dia wajar menerima ucapan tahniah dari ummi..ummi nak menyanjung segala usahanya dalam menuntut ilmu sejak dari tadika kak long..8 tahun dia menuntut ilmu, berpagi2an bangun untuk ke sekolah. Pagi akademik, petang kelas agama..malam mengaji, macam2 pahit manis yang adik harungi sesuai usianya dalam kehidupan seorang pelajar..andai ummi tak menyanjungnya..adakah lagi orang yang lebih hampir dengannya melihat ketabahannya menuntut ilmu. Belikan kad yang cantiiiik sangat untuk adik ya kak long, umi nak tulis begini atas kad tersebut...

" anakanda ummi...setulusnya ummi mengucapkan tahniah atas istiqamahnya anakanda ummi menuntut ilmu dari kecil. Jangan menangis lagi...belajar menyenangi keputusan Allah. Senyumlah sayang...melihat masa depanmu. ADA AL-QURAN MENANTIMU..MENGUBAT KESEDIHANMU..MEMEKAR KEMBALI HARAPANMU..MASA DEPANMU BERSAMA AL-QURAN JAUH LEBIH INDAH DAN GEMILANG..ALLAH TELAH ATUR TAQDIR YANG SEMPURNA BUAT ANAKANDA UMMI. Dengan keputusan tersebut, anakanda ummi mungkin tidak memenuhi syarat untuk belajar di samping kak long...namun Subhanallah..ada yang lebih indah dari itu...barangkali dengan result tersebut, anakanda ummi akan menerima cadangan umi dan abi untuk memasuki sekolah tahfiz sepenuh masa..dan ummi berharap anakanda ummi yang menangis teresak-esak di birai katil sepanjang hari ini..akan Allah berikan kesempurnaan kebahagian saat anakanda umi menepati syarat untuk memakaikan ummi dan abi mahkota di akhirat kelak..Anakanda ummi al-hafizoh...bangunlah sayang..sujud syukur kepada Allah, ini permulaan sebuah taqdir kehidupan yang diatur Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana."


Sama ada dia itu masih kecil,mahu pun sudah pun meningkat dewasa,mereka tetap punya perasaan.
Andai begitu sukar untuk menghargai,
cuba koreksi diri..
dimana kita letakkan hati ?

Kau tahu ? saat yang paling indah adalah apabila kita berjaya membuatkan insan lain tersenyum,dan terus mengorak langkah.

Andai kritikan kita bisa membuatkan orang jatuh putus asa,maka ada baiknya,kita pilih jalan untuk diam.

Kerana hakikat sebenar objektif kritik itu adalah untuk membina..





 Jika ditanya tentang hasil seni yang dihasilkan atas buku ni,tentu jawpannya biasa saje.Namun jika dinilai bagaimana ikhlasnya seorang kanak2 menghasilkan sesuatu untuk ditunjukkan pada orang lain,untuk membuatkan orang lain bangga dengan hasil kerja tangannya,pasti kita akan jadi seorang yang menghargai.

Jauh dari mereka,aku belajar untuk menghargai...Rindu .
Melekehkan usaha orang lain,tak membuatkan perut kita kenyang,hati kita puas,jiwa kita tenang .

1 comment:

Anonymous said...

Sebak giler...apa pun jzkll share ;)