Friday, September 6, 2013

Supit bin Plastik

Bismillahi walhamdulillah.

DIsebuah kampung, tinggalnya 2 beranak, ibu dan anak, anaknya berusia 3 bulan. Si Ibu gigih mencari rezeki, mencari dan mengumpul segala bahan untuk membahagiakan anaknya, si Supit.

12 tahun ibunya gigih membesarkan si Supit diiringi ber-tan tan kasih sayang dan bantuan dari Allah 'azza wa jall, sekarang si Supit sudah membesar dengan mengikut acuan yg didoakan ibunya selama ini. Kini si Supit yg makin mengenal erti hidup, mula membanting tulang 4 keratnya utk bekerja bersama-sama ibunya. si Supit melalui hidupnya dengan sabar dan keazaman yg tinggi dengan hanya berniat untuk membahagiakan ibunya.

Ibunya sudah berusia lingkungan 50-an, masih boleh menyumbang nafasnya demi masa depan anaknya si Supit bin Plastik. si Ibunya, Bej, masih seperti dahulu, tekun menyuapkan apa yg beliau ada kepada anaknya, tanpa memikirkan apa yg hendak disuapkan kepadanya. Tapi kuasa Ar-Rahim mengatasi segalanya, keduanya masih menghirup dan menghembus nafas, berjalan di muka bumi Allah yg luas ini, dengan rezeki dan izin dari-Nya. sesetengah orang memanggilnya keberkatan tawakkal.

Bej sudah berusia 70-an, alur dimukanya semakin panjang dan bertambah, kulitnya mula menjadi lembut-lembut licin, simptom biasa bagi umurnya. dan si Supit, sudah menjadi seorang alim perkasa, sekarang berada pada peringkat tenaganya yg optimum. si Supit tidak mensia-siakan waktu, tenaga dan ilmu beliau, utk menyara, memastikan objektif lama berkurun beliau,

 membahagiakan ibunya.



si Supit banyak digoda dunia, yang boleh menjauhkan beliau dari membahagiakan ibunya, godaan dalam dirinya tak putus asa melemahkan hatinya untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab beliau utk membahagiakan ibunya, sekadar utk melihat ibunya tersenyum setiap pagi pabila bangun melihatnya.Supit tidak mahu lebih. 

Perbezaannya ketara, kalau dahulu mereka membanting tulang bersama, utk menguruskan alam ini demi sesuap nasi untuk mereka dan untuk keluarga susah yang terdekat, kini si Supit tidak membenarkan ibunya dari membuat kerja-kerja itu lagi. Langsung. Si Supit mula menjaga ibunya pula, ibunya yang semakin nyanyuk dijaganya dari segala aspek. katanya mahu membalas jasa ibunya yg membesarkan beliau, memandikan beliau ketika beliau 'nyanyuk', menyuapkannya makanan ketika dia x upaya utk bcakap, utk memberitahu bahawa dia sedang lapar.

si Supit membuat semua itu dalam senyum bahagia,terkadang dalam air mata kebahagiaan kerana Allah memberinya tenaga, masa,kesedaran untuk meneruskan niatnya yang sama, membahagiakan ibunya.Tidak dinafikan, si Supit selalu sahaja jatuh, terduduk dalam usahanya itu. tatkala syaitan beramai-ramai cuba untuk 'membantainya', tapi bukan jatuh itu yang menjadi ukuran, tetapi bagaimana si Supit bangun kembali utk membahagiakan ibunya.

Ibunya, tidak pernah menzahirkan kekecewaan apabila si Supit terlupa utk menyuapkannya nasi, malahan ibunya cuba utk membuat semua itu sendiri.Ternyata, berkat dari sabar dan bersangka baik ibunya, si Supit kembali bangun dari jatuh. 

Rahsianya? Ibunya selalu berdoa " Ya Allah, dengan kesabaranku ini, kau berkatilah hidup si Supit anakku"

hidayah mencurah-curah menyirami si Supit. menghanyutkan kekotoran dosa yg si Supit pernah lakukan.







post scriptum :  si ibu boleh diibaratkan persatuan islam dimana sahaja, si Supit sebagai mahasiswa. mungkin ada kaitannya serba sedikit.

by nasyrah

No comments: