Sunday, September 22, 2013

Lagi lagi kahwin ~!

Nurul Ain is calling you

Tertera di skrin komputer.Amboi.awal pulak adik aku nak skype.
Butang hijau ditekan.Wajah mak muncul .Lol.novel gila ayat =.='

"Kau tengah buat apa?"
"baru balik kelas ni.rindu ke?"
"tak lah.ayah suruh tanya kalau kau kawen nanti,kau nak jaga nenek ke siapa?"
"Haha .kenapa tanya saya.tanya lah yang sulung"

Hati aku macam digeletek.Ayah bicara soal kahwin dengan anak2? Ni mesti baru lepas dgr ceramah.

"mestilah jaga mak ayah.nak jaga siapa lagi."
"okey.nanti mak cakap kat ayah"

Lawak nye lah mak ayah aku ni -.-'

Ok.tu dialog yang tak semua orang alamilah.Aku tahu mak ayah aku nak try test tanya anak2 dia.Mungkin takut mereka tidak terjaga suatu hari nanti?maklumlah kami semua perempuan.Isk.Tapi biasa tak dengar dialog ni

"mak,nak kahwin"
"tak boleh.habiskan belajar dulu"
"ala.next sem habis belajar dah mak"
"kerja dulu.beli rumah.beli kereta.balas jasa mak ayah"

Makanya anak-anak berasa hampa.Niat kahwin awal terkubur begitu saja.Dan ada juga yang protes bagai nak rak hingga boleh digelar anak derhaka.Heh~



Salah siapa sebenarnya?Salah ke kalau nak kahwin muda?kenapa mak ayah tak pernah nak faham.rasa nak bunuh diri tahu tak.ahaaaa ayat protes cenggini ayat org takde iman.

Kalau duduk malaysia tu kalian rasa membuak-buak nak kahwin awal,oh dijordan ni bagaikan boleh dikira yang masih single (okey hiperbola nya aku ni) .Tiap2 tahun lebih dari 10walimah.sekian.

Kadang-kadang betul.Ada mak ayah yang terlebih risau.tapi kalian pun kalau nak kahwin awal,nak mintak kebenaran tu jangan lah main redah aci hay jee ~

HUJAH
"mak nak kawen awal"
"kau belajar pun mak yg tanggung.nak bagi bini makan pasir?"
"ala mak.kan Allah ckp,Allah akan permudahkan rezeki"

hahahaha hujah tu hujah yang boleh digunakan .aku akui seratus peratus.tapi helloooooooo ~ nak yakin kan mak ayah dengan hanya sekadar sepotong ayat quran,lepas tu diri sendiri tu tak terurus,belajar kelaut,malas,lepas tu kau pegi cakap kat mak nak kahwin,agak2 mak mana yang bagi kebenaran?

LEPAS KAHWIN BOLEH PUNYA UBAH SIKAP

Yakin? kalau dah bertahun sikap kau macam tu,kau ingat boleh berubah dalam masa sebulan ke?teringat kawan aku yang kahwin umur 20tahun.2bulan sebelum kahwin dia practise tak tidur lepas subuh,basuh pinggan penuh sinki hari2,ironkan baju housemate hari2.practise katanya.

Haaa.cuba kau try test.kalau kau merungut,tanya diri balik.kahwin nanti cabaran dia lagi besar.

maka wujud ayat2 manis "alaaa.nnti suami mesti tolong"

HAHA stop lah wujudkan angan2 yang mcm novel tu.sikap orang ni boleh bertukar macam puting beliung.

AMAL SLOW MLOW~

Haa.ni lagi satu masalah jugak lah.
bila tgk doodle2 "oh makmumku ~" "wahai imam ku~"
"isteri solehah itu adalah yang selalu solat dibelakang suaminya bla bla bla"

alaa.macam-macam lah ayatnya -.-' pegi tengok kat fb.yang buat bnde2 tu pun satu.melayang-layang lah para daie dengan macam2 angan2.




kita nak isteri atau suami yang sikoh gilaaa yang solat itu memang disematkan dalam jiwa raga tiang agama,tapi diri sendiri kelaut.

oh katanya "yela.nnt ada isteri retilah aku solat kat masjid.retilah aku solat jemaah.reti lah aku hafal doa lepas solat"

HAHAHA.boleh tak buat semua tu dulu sebelum kahwin ?tak payah nak nanti2.ni solat jemaah sebab isteri ke sebab Allah ni?heh

mendirikan rumah tangga,dan mendirikan baitul muslim itu adalah sesuatu yg berbeza.rumah tu,memang boleh didirikan dengan tangga.tapi nak dirikan seorang muslim itu perlu dengan iman.

kita nak anak yang soleh.anak yang soleh lahir dari didikan ibubapanya yang soleh solehah juga biiznillah.jadi kenapa tak melajukan amal dahulu sebelum berhasrat utk mendirikan baitul muslim?

ke pendapat aku salah?

PERBAIKI SEGALANYA

Tahu tak.semakin kita meningkat umur,pastinya mak ayah mahukan kte berkahwin.Tapi,mak ayah perhatikan juga sikap kte.anak aku ni dah sesuai ke kahwin.atau pun masih budak2 lagi.akan jadi penyusah ke nanti? **mmg aku penah jadi mak mak pun kan -.-'

tak lah.ni pendapat je.kalau kau jenis rajin kemas rumah,jenis taat mak ayah,jenis pandai jaga diri.jenis alaaaa yang memang dah matang dah sesuai dah nak jaga anak orang,sesuai dah nak jadi pelengkap hidup orang,agak2 mak ayah ada reason lagi ke nak tolak?

ini bilik pun tak reti kemas.baju pun cecampak merata.hari-hari gayut kat fon macam esok nak kiamat pulak dah xde esok nak sambung cakap.mak ajak gi pasar alahai kau ni susah nye nak temankan.

cakap sikit nak melenting.baju pun mak yg ironkan.dan segala mala sifat negatif.

pastu kau dengan muka mengharap cakap nak kahwin.aku pasti,mak kau gelak.heh.

DAH.AKU DAH CUKUP SEMUA SYARAT DAH

okey.kalau segala benda atas tadi tu takde kat kau,and kau pun dah tunjuk kertas kajang punya panjang tentang plan belanjawan masa depan kau,makanya doa lah..doalah...hati mak ayah tu bukan kau yang pegang.tapi Dia...yakin tak Dia yang membolak balikkan hati?Maka doa...

Untuk mak ayah (semoga mak ayah baca.kah2)

PERMUDAHKAN LAH
Mereka bukan minta utk membuat maksiat.mereka minta berkahwin utk elakkan diri dari maksiat.Jika tiada keturunan yang kahwin awal,maka mula kan lah dari keturunan anda.

"tak cukup duit.kalau buat perkara wajib je,apa kata orang"

Orang akan terus berkata-kata.melihat si anak keluar bergedik gedik diluar mereka mengata juga.berkahwin terlalu awal mereka mengata juga.Risau kata orang atau risau murka Allah? jeng2

FAHAMILAH

Bukan senang sbnrnya si anak nak menceritakan hal2 soal2 hati.bila si anak sudah mula mahu berbincang,dengarlah.usah lah dibalas "kau jangan gatal.habiskan belajar"

jika tidak benarkan pun,bagi sebabnya.sekurang-kurangnya mereka tahu ada sebab mereka tidak dibenarkan.sekurang-kurangnya mereka tidak menyalahkan.

TIADA ISTILAH 'HILANG ANAK'

Haha,ni aku rasa kerisauan yang melanda family aku lah kot.
Cuba hilangkan anasir anasir negatif tu.Anak berkahwin walaupun dah bukan dibawah tanggungjawab mak ayah,tapi mana mungkin si anak lupakan mak ayah.oh durjana sungguh si anak itu andai mak ayah dilupakan.

Tiada istilah kehilangan si anak.bahkan ada insan baru yang akan welcome to the family.

KAHWIN AWAL MENAMBAHKAN GENERASI SOLEH SOLEHAH

Bayangkanlah.jika si anak berkahwin umur 25tahun.Jika kelahiran anak dirancang selang 2tahun,maka diumur 35tahun akan mendapat 5anak.insyaAllah.lepas umur 35tahun biasanya muncullah pelbagai penyakit kencing manis bagai2 yg tak sesuai utk mengandung lagi.

5orang itu ramai bagi sesetgh orang.tapi sedikit bagi kebanyakan orang (mungkin)

itu kalau kahwin 25tahun.kalau yang atas-atas lagi?



______________________________________________________________________________

Okey.walaupun kebanyakan apa aku tulis adalah pendapat-pendapat aku.And aku rasa hal ni korang boleh google.bermcm ayat quran lah korang jumpa.hadisnya lagi.jadi boleh rujuk kat situ lah.

Cuma.as student,awla kan lah yang mana yang awla.Yela.perasaan aku dengan engkorang sama je.nak kahwin awal.tapi macam aku cakap kat atas tadi lah.betulkan dulu segala benda yang tak betul.
Perform dalam study.perform dalam dakwah.banggakan mak ayah.

Faham je.bukannya kalau kahwin tak boleh perform dalam study.bukannya tak boleh banggakan mak ayah.Tapi kalau mak ayah dah tak bagi,usahlah dibantah..tapi yakinkan dengan akhlak dan sikap.

HAHA rajinnya aku cakap hal kahwin .Lama dah topik ni tak dibuka.Ni sebab dah mula sem baru.dah berada ditahun akhir.maka wujudlah persoalan2 kiasan "eh,dah tahun akhir.kene cari orang dah ni" "hai mira,bez fren ramai dah kawen.kau bila lagi?"

HAHA memang aku ni boleh tahu takdir Allah pun kan =.='



tak perlu terlalu fikirkan hal ni.mencari dan berusaha tu yes.kena ada.tapi jangan lupa.entah kematian itu juga mungkin mendahului sebelum perkahwinan.

Jadi :) Ingat mati .

No comments: