Semua tersenyum.memandang antara satu sama lain.wajah-wajah baru semuanya.Nak memulakan bicara semua malu malu alahai.
"Sebelum kita proceed liqo' hari ni,kita main game nak?"
Suasana masih sepi.Ini lah perempuan.segan segan malu malu sipu sipu.Soalan bagai dibawa angin.
"Okey.akak bagi kertas ni,korang kene tulis first impression korang kat kawan sebelah kanan diorang.then,tampal kertas tu kat dahi dia.then korang kene buat gaya utk bg klu pd kwn korang tu apa yg korang tulis.utk dia teka"
Wah menarik.Laila tersenyum.tautan hati itu,perlu ada caranya.Yes,salah satunya game !
Masing-masing sibuk tersorok-sorok menulis apa yang terlintas .
Game start.Orang lain nampak apa yang tertulis.tapi diri sendiri tak nampak.dah kata kat dahi ~
Ada yang tulis suka makan.ada yang tulis suka senyum.ada yang tulis comel.
"meh kte start dulu." laila offer diri apabila melihat bulatan itu seolah-olah krik krik.
Laila membuat gaya seolah-olah tergesa2.amik beg,selongkar buku,amik fon konon2 dail number entah siapa2
"haaa okey dah.cuba teka apa saya tulis" laila memandang kak isz sambil mengeyit mata.
"apa benda awak buat tu hahahaha.em...sibuk?" kak isz masih tak dapat tangkap gaya apa yang dimaksudkan laila tadi..
Sahabat yang lain sudah mula gelak.Melihat keletah mereka berdua.
"salah lah kak isz ! kita tulis "gelabah" .yela,first impression kan.dtg2 tadi kita tgk akak ni tak senang duduk je.haha" bahu laila ditepuk kak isz.yelah,dah kata first impression.
"dah laila.jangan gelak dahsyat sangat.mati hati tu nanti.sini awak teka pulak apa akak tulis" kak su mula mengambil tempat.
"akk buat dialog lah ye.tak boleh gaya.susah.ok cmni. 'assalamualaikum kak su ! haii kak isz ! selamat datang nuha!!! eh salam salam !' okey.awak boleh teka"
"apa benda tu kak su?haha.banyak cakap?" kak su geleng
"pekataan dia dlm bi.tp senang2 je"
"alaa kak su.kan kte cakap jgn tulis bi.em..peramah?apa tah bi dia"
"haa betul.friendship!"
Mereka semua sama-sama ketawa.sorang tak tahu apa pekataan dalam bm.sorang tak tahu dalam bi.
Begitulah permulaannya.masing-masing cuba merasa tautan hati supaya liqo lancar dan mudah.
"okey.siapa nak bagi ayat quran yang dia terkesan minggu ni?"
"nuha ada..banyak.tap nuha bagi ayat ni sebab ada sesuatu yang nuha nak bincangkan.
'diantara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah.Dan diantara mereka ada yang gugur,dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak sedikit pun tidak mengubah (janjinya)' al-ahzab :23
ayat ni sangat terkena dengan apa yang jadi kat mesir sekarangkan?nuha ingat, maksud "yang menunggu-nunggu" adalah orang yang tak buat apa-apa.dia tunggu je kejayaan tu sampai.tapi rupanya,yang dimaksudkan adalah,para syuhada' yang tunggu untuk masuk kesyurga.
Nuha sedih,bila nuha tengok kat fb,baca komen kawan-kawan nuha yang bercakap tentang mesir,ada yang cakap 'kalau dah tahu tempat tu bahaya,kenapa pergi bawak anak kecik kat tempat tu,pergilah sorok kat mana2 yang selamat.lepas tu bila mati,orang cakap dia syahid pulak'
Nuha cuba letakkan diri ditempat dia.Nuha anggap,media malaysia sudah berjaya mengubah pemikiran orang malaysia.
Kalau boleh,nuha nak fahamkan kawan-kawan nuha,mereka bukan sengaja memberanikan diri ketempat bahaya.mereka boleh lari dari tempat2 peperangan,jordan masih selamat.mereka boleh lari kesini.tapi mereka tak buat.mereka tetap mahu berada berjihad disana.kerana apa?kerana mereka ingin terus memperjuangkan yang haq! dan tumbangkan yang batil !"
"hemm..analogi kata-kata dia tu,umpama kalau adik kita diculik,kita biar je.tak payah kejar penculik tu.sbb nanti kita dalam bahaya.."
"betul tu kak isz.mereka benar-benar melaksanakan syahadah mereka.Allah itu satu-satunya tuhan.maka apa lagi untuk mereka gentarkan sedang mereka percaya,Allah sentiasa bersama mereka.dan kita di zon selesa ini?masih tak mahu mengambil ibrah?"
"kak su ada juga terbaca,tentang simbol rabi'a.4 jari dikatakan lelaki yang menunjukkan simbol itu mahu berkahwin 4.mentaliti orang kita,tak habis-habis poligami bagai.hingga simbol sokongan untuk mesir tu pun disalah ertikan."
"Kita mungkin tak mampu nak berjuang dengan senapang,tapi nuha harap,kita sama-sama cuba ubah pemikiran kawan-kawan kita yang masih tak faham.kita cuba jadi seorang yang memahami.kita jangan harap,semua orang berfikir mcm kita,semua orang sudah mendapat dan mencari maklumat tentang mesir macam kita.jika mereka sudah buat macam tu,tak mungkin statement macam tu keluarkan?"
Jadi,tugas kita semakin hari,semakin banyak.tatkala islam bergolak,mana mungkin kita boleh duduk diam dan menanti kemenangan.
bagi seorang mukmin, terbit fajar pagi bawa sinar pada hati. kerana setiap hari ada taubat yang perlu diperbaharui.
nota hati : sebenarnya cakap pasal perang2 ni,petang semalam aku pergi zam-zam.dan malam tadi dimaklumkan berlaku kes berbalas2 tembakan dan pertumpahan darah berlaku kat zam-zam tu.Bersyukurlah Allah tak gerakkan hati utk pergi waktu malam T__T
No comments:
Post a Comment