Aiman mengambil headphone didalam lacinya.Lantas diletakkan ditelinganya.Ahh .arab dan hon bagaikan satu family.bingit.sungguh bingit !
News feed fb discroll kebawah.laju jemari menekan mouse .banyak kata-kata dakwah,mahupun program2 dakwah dishare oleh para sahabat.alhamdulillah."tak rasa berdosa lah aku ngadap fb ni " getus aiman.
"eh man.cuba baca twitter.ada isu." hamzah disebelah menjerit kuat.
"pasal apa?kahwin?ahh bosan" aku membalas.memang.twitter bukan kegemaran aku.kalau bukan hamzah bagitahu ada apa2,mmg twitter aku bersawang.
"kau ni.bukanlah.bacalah." hamzah sudah berada disebelah aku.fuh semangat dia ni.
password twitter aku masukkan.timeline twitter aku scroll.satu persatu aku baca.ada yang meluahkan perasaan bosannya jordan.ada yang meluahkan perasaan lapar.tak kurang juga.masih ada kata2 dakwah.
jari aku terhenti.
"hebat2 senior UNILAS..bkn main pesan pada junior2 jangan join jemaah aku".
selaku senior UNILAS,pasti,aku rasa sedikit tersentak.risau.aku kah yg dimaksudkan?wall twitter akhi tersebut aku usha.oh .masih ada sambungan luahan perasaan..
"nak ajak buat baik jauh sekali.malah menjadi pnghalang pula...abu jahal versi moden"
istighfar.istighfar.senior-senior UNILAS dikatakan penghalang..
aiman termenung.hatinya punya beribu soalan..andai benar dia itu ditarbiyah pasti bukan begitu kalamnya.atau,aku hanya bersuudzon?..mungkin tweet tersebut ditaip saat syaitan sedang bersorak gembira dibelakang.
siapa tidak suka dakwah?benar.bukan semua orang berada dijalan dakwah.tapi tidak bermakna mereka itu jahil..mereka itu tidak sukakan dakwah.
jika benar dakwah kita ada yang menghalang,benar.mungkin itu ujian tuhan.kata kita "mana ada dakwah yg tiada ujian.rasulullah berdakwah pun ada yang menghalang" maka kita katakan mereka itu lah abu jahal moden.yang menghalang dakwah-dakwah kita.yang tidak suka dengan cara kita,.
tapi pernah atau tidak.kita duduk sejenak kita berfikir..kita berbincang dan bertanya atau terus sahaja direct kepada insan tersebut,mengapa mereka tidak suka?mengapa mereka menghalang atau menjadi abu jahal moden kononnya?mengapa wujud kata2 tidak sedap ttg cara yang kita bawa?atau kita ini hanya sekadar menjadi pendengar?menjadi penyalah?menutup telinga.dan menjadi peluah perasaan dimedan twitter.maka berharap dunia akan faham?
risau.risau.risau wujud dihati kita bahawa jalan kita ini sudah betul.dan orang yang kita katakan abu jahal moden itu salah.
khuatir,wujud dalam hati kita sifat 'ujub.'ujub jalan kita ini jalan menuju tuhan.dan jalan si penghalang itu menuju keneraka.
ahh aiman ! kau itu apa kurangnya.dakwah kau slow se slow siput.bahkan jahiliyah dalam diri sendiri pun masih banyak.ada hati mahu protes ttg ini?..aiman meraup mukanya dengan kedua belah tapak tangan..
"Allahu..aku rindu.aku rindu saat dimana aku rapat dengan tuhan.air mata jatuh tanpa paksaan..hati aku,dan hati sahabat-sahabatku bukan ditangan kami ya rabb..permudahkanlah jalan kami mencari redha-Mu,lidah ini mampu melakukan dosa tiap detik.maka peliharalah.tangan,telinga,mata dan semua anggota badan kami ini mampu membuat kemungkaran,maka dakap kami setiap masa ya rahman.."
lampu bilik ditutup.andai esok masih ada,semoga esok aku menjadi insan baru ..setiap detik..
nota hati : UNILAS tu entah lah uni apa.tapi faham apa yang nak disampaikan?jika faham alhamdulillah.hati kita masih hidup.btw,ada cilok sikit ayat APG tu ha ~


No comments:
Post a Comment