Panas perjalanan ke balad bagai tak terasa.Mungkin kerana terlalu gembira apabila diberitahu universiti yarmouk akan cuti 2bulan.Ini kali pertama cuti sem lama macam ni.
Aku terus berjalan laju.mencari air france Royal Jordanian.Bukan berhajat untuk beli tiket pulang kemalaysia.Tapi kali ni mahu beraya dibumi mesir.Ya.mesir.bersama sahabat-sahabat yang lain.
"geddish si3ru ila misr?" (berapa harga jika kemesir?)
"210jd " wanita dihadapan kan menjawab sambil memberikan senyuman.
"mashi." (baiklah)
Usai membayar tiket,aku terus pulang kerumah.Lepaskan exam dahulu,baru fikir tentang aktiviti disana nanti.
30 jun.Mungkin diawalnya,masyarakat dunia hanya menganggap hanya berlaku demonstrasi biasa mahu Dr.morsi meletak jawatan.maka ramailah yang masih leka.ramailah yang masih tidak ambil tahu.
Hari ni 7june.keadaan makin genting disana.haq bagai tumbang ,batil terus berleluasa.Kadang sama ada mereka ini buta,atau Allah menutup hati-hati mereka.Akal mereka bagai lupa tentang adanya kehidupan di "sana" .Mana mungkin dalam masa setahun Morsi berjaya mengubah segala hal yang dah dilakukan oleh menteri sebelumnya selama 30tahun?!
Pintu rafah ditutup.Laluan bawah tanah dari palestin ke mesir ditutup.Jalan-jalan besar disana bagaikan satu padang perang.Ikhwanul Muslimin terus berjihad.Benar.Allah campakkan dalam hati mereka keberanian.Subhanallah.
Kadang-kadang rasa taknak ambil tahu.
Kerana rasa malu hanya mampu berdoa saban waktu..
hanya itu..
kadang-kadang rasa tak mahu scroll news feed kebawah.
kerana buatkan diri rasa lelah.
terbit rasa bersalah.
mereka disana itu ikhwanana
mereka disana itu akhowatana
tapi kita bagai hanya menunggu berita.
baca dan dengar.
hanya itu ..
dan ada saatnya kita masih boleh membuang masa.
kita masih boleh lalai dan leka.
sama ada kita lupa atau alpa..
mereka boleh menarik kita diakhirat sana..
dan bertanya..
"sudah puaskah kau dengan dunia?hingga derita kami kau terlupa?"
terasa cemburu dengan sahabat yang belajar disana..
kekuatan jiwa dan hati mereka diuji..
mereka pasti terasa Allah itu dekat dan sentiasa disisi..
tawakal mereka pada Allah pasti melangit tinggi..
doa mereka pada Allah pasti tidak henti
Mereka disana tidak mengharapkan kita mengangkat senjata.
cuma mereka mahu rabitah hati mereka dan kita itu ada.
ada kita terfikir,ramadhan mereka nanti bagaimana?
Allah janjikan,apabila hampirnya kiamat,islam itu akan tertegak.
dan kita terus menunggu saat itu.
dan biarkan org lain bermati-matian berjuang?
kita ini islam yang dayus atau apa?
Tanya pada hati,bisik pada iman..
bagaimana mahu berjuang jika diri selalu saja lalai.........
Cuba lah membaca ini dengan mata hati. Lepas tu jangan lupa qunut nazilah se das !
http://www.sinarharian.com.my/babak-akhir-sebelum-mursi-ditahan-1.179441
http://www.youtube.com/watch?v=e_zEiO0o2Us

1 comment:
6July
Post a Comment