Friday, July 26, 2013

kerana jemaah itu..

Saya selalu skeptik atau prejudis terhadap orang yang join 'jemaah'.

Apabila berada dalam kalangan orang yang cuba melibatkan diri dalam lapangan menghafaz Al-Quran, saya telah melihat banyak perkara yang membuat saya kecewa melibatkan orang yang menyertai jemaah atau kumpulan.

Ia seolah-olah,

Jika kita rakan sekelas tasmi, kita akan hilang dia selepas dia menyertai jemaah, kerana dia bakal minta berhenti.

Jika kita adalah sekawan yang sama-sama pergi belajar atau memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan guru, pasti yang menyertai jemaah akan slow-slow tidak hadir dan lama-lama menghilang.

Jika dia adalah anak murid kita dalam kelas hafazan Quran, kemudian dia menyertai jemaah, bersedialah untuk kita kehilangannya satu hari nanti apabila dia meminta berhenti.

Alasan nya, "ada komitmen lain."

Jika begini keadaan yang berlaku, jika saya lah guru, rakan sekelas, atau sekawan itu, pasti saya tidak mahu menyertai jemaah sebagaimana yang disertai rakan atau anak murid saya itu, kerana persepsi buruk saya.

Guru saya pernah berkata bahawa "kebaikan itu membuahkan kebaikan-kebaikan lain" dan saya kuat berpegang pada kata-kata ini.

Jika berjemaah atau berkumpulan ini baik, mengapa ia 'membunuh' rakan, anak murid, atau sesiapa yang meyertainya dari kebaikan yang dibuat sebelum menyertai jemaah?

Mengapa berjemaah tidak semakin menguatkan kaki mereka dalam lapangan ini, padahal kebaikan itu membuahkan kebaikan?

Tetapi saya sedar di akhirnya bahawa ia bukanlah silap berjemaah itu. Kerana di antara mereka, ada yang masih bersungguh dan istiqamah dalam perkara kebaikan yang dibuat sebelum menyertai jemaah.

Oleh itu, saya berpesan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat,

Jika kita adalah ahli jemaah, jangan lah kita membiarkan 'kekonon-kononan' bahawa berjemaah ini adalah komitmen lain yang boleh dijadikan alasan bagi menghentikan kebaikan yang telah kita mulakan sebelum terlibat dengan jemaah.

Teguhlah dan makin kuatlah beristiqamah. Kebaikan itu dengan izin Allah pasti membuahkan kebaikan yang lain.

Jika tidak, pasti ada silap nya diri kita di mana-mana.

*Hanya pendapat.


By kak fatimah ismail..

____________________________________________________________________________

Jemaah tidak salah.
yang salah adalah mereka yg berada dalam jemaah tersebut..
yang tidak cuba memahamkan insan lain
tentang setiap tindakan yang dibuat.

Ingin difahami,kita dahulu perlu memahami.. 

 tp inshallah, bila sesuatu jemaah itu membawa panji Islam, mereka x kan lari drpd alQuran kerana alQuran adalah sumber risalah Islam. daei mana mungkin boleh membawa dakwah tanpa alQuran..mereka juga terdidik dan ditarbiyah utk menghafal Quran...

jika tidak bersama azzikr, kita doakan mereka terus istiqamah utk menghafal Quran dlm mana2 medium dan wasilah pun




7 comments:

Anonymous said...

mungkin awak ada silap tafsiran terhadap sahabat2 awak. jemaah ini bukan semata2 jemaah. tapi, jemaah islam. dan sahabat awak mungkin khilaf dalam perkara ni. tidak sepatutnya seseorang yg menggabungkna diri dlm mana2 jemaah bersikap sedemikian,

sea_lavender said...

husnuldzon pd mereka yg melibatkan diri dgn jemaah.. mungkin ada penambhan ilmu yg mereka inginkn.. teruskn berdoa agar mereka tetap memberi komitmen pd apa yg perlu dan kebenaran :)

Anonymous said...

sebelum post apa2 psl jemaah, mohon selidik dulu apa itu jemaah. jemaah bnyk. mohon kaji setiapnya. dan ketahuilah apa yg belum saudari ketahui. sesungguhnya hidup berjemaah itu kewajipan. -yg berjemaah-

dayang selasih said...

er .
rasanya saya tulis kat end of post ni,by kak fatimah ismail.means sy copy paste status dia .bukan dari pandangan saya..

jadi,itu pendapat dia.dan kita punya pendapat kita.alangkah bagusnya jika kita meraikan pendapat org lain :)

mungkin saya tersilap.mungkin saya tak faham lg tentang jemaah.minta maaf ..

Anonymous said...

the message is clear,ini adalah teguran kepada sesiapa shj yg sudah beriltizam dengan jemaah,jauhilah sikap2 yg telah dinyatakan dalam penulisan ini. akhlak seorang yg berjemaah adalah bukan bash idea sahabat lain, tapi reflect the point to ourselves. kalau dah ada org skeptikal, ada la tu yg tak kena.

cthnya macam kita stop tadarrus dgn sahabt kita ni bila dah ada grup tadarus sendiri dalam jemaah kita.. ini x sepatutnya terjadi MELAINKAN memang masa lapang kita yg lain kita manfaatkan sepenuhnya. tp persoalannyam DO WE?

:)

Anonymous said...

sedikit lg penambahan, isunya di sini bukannya tentang keperluan berjemaah,bukannya persoalkan perluke berjemaah. tapi AKHLAK bila sudah berjemaah.

jgn pula kita jadi org yg berada dalam jemaah tp mmberikan imej buruk pada jemaah.

- by sumone who also in jamaah islamiah but frustrated with some people yg cepat melatah.


wallahu a'lam

Inspector Saahab said...

ada dengar masalah orang skeptik dengan jemaah, tapi tak pernah dengar mereka skeptik atas alasan orang jemaah tidak lagi komited pada perkara yang melakukan sebelum berjemaah.

bukan jemaah la pada saya isu yang perlu diperkotak katikkan, ini menambah lagi skeptiknya.

tapi individu.

perkongsian yang baik.