semua keluar daripada wad nazirul.membiarkan humai dan nazirul .. Humai perlu kuat untuk nazirul.dan nazirul perlu kuat utk humai.siapa lagi yang mereka ada disini?family jauh beribu batu..
Humai..bila aku lap muka kau,aku lap kesan-kesan darah kat kaki kau,kau cakap
"minta maaf sbb susahkan korang.."
Apa sangat humai yang aku buat kalau nak bandingkan dengan kesusahan yang kau alami..
aku dan lain-lain pergi ke wad nazirul pulak..nazirul patah tangan dan kaki sebelah kiri..nazirul ceritakan semuanya entah untuk kali keberapa.kerana dia boleh dikatakan saksi utama.polis tanya dia.emj tanya dia,semua orang tanya dia..
"aku tercampak keluar dengan sumayyah.aku dengar sumayyah menjerit.sumayyah tercampak hingga kehujung gaung.aku dengar humai cakap sakit..sakit.. tapi apa yang aku boleh buat?aku tak boleh bergerak.tangan n kaki aku patah.."
"kedudukan korang dalam kereta macam mana?"
"aku sebelah kriey.belakang aku kak ili,tengah humaira.belakang kriey sumayyah.kitorang semua tidur masa tu..kriey je berjaga drive.."
"kau tercampak jauh?"
"tak sejauh sumayyah.aku rasa macam mati je masa tu."
"Allah bagi kau nyawa kedua..Allah nak kau jaga humai.."
"aku naik satu ambulan dengan sumayyah.sbb orang arab selamatkan siapa yang kat luar dulu.aku dengar sumayyah mengucap.."
"gaung tu macam mana?"
"dia ada dua gaung.alhamdulillah kitorg tak menjunam jatuh ke gaung yang bawah tu."
Aku cuba membayangkan jalan ke petra.aku tahu jalan ke petra byk selekoh.tapi aku tak tahu keadaan gaung tu macam mana.macam mana nazirul dan arwah boleh tercampak keluar?pintu terbuka atau tingkap pecah?
Nazirul tenang menceritakan semuanya.mengingati semula detik2 hitam..
"kitorang dah kebumikan anak kau tadi..dengan pakcik yasin dan pakcik2 arab lain.pegawai emj pun ikut..ni gambar.."
"ada gambar muka dia?"
"tak..diorang tak buka.."
Nazirul..pasti ada rasa kecewa dalam hati kau.tak sempat melihat sang puteri.tak sempat mecangkul kubur anak sendiri..nazirul,kau jumpa dia kat syurga..dan bersama dia selama2 nya.kau sikoh dengan Dia kan?
Kak ili..ini first time kte bertemukan?Kak ili patah dibahu .kak ili ceritakan tentang sumayyah.kak ili sedih dengan pemergian sumayyah.kak ili rapat sangat dengan sumayyah.walaupun sumayyah baru setahun dalam tarbiyah,tapi semangat dia, tak tahu nak cakap macam mana.sangat semangat..
Bahagia mendengar cerita kak ili.Mereka jaulah ke jordan untuk mencari ibrah dibumi anbiya' .. Tapi siapa sangka berlaku tragedi.dan tragedi berlaku ditempat yang boleh dikatakan asing bagi mereka.bukan tanah air.bukan juga tempat mereka belajar...sepatutnya 2hari lepas kejadian kak ili pulang kemalaysia.tapi Allah lebih tahu kan? penerbangan pulang kemalaysia terpaksa ditangguh..
Kak ili..akak tabah.sangat tabah...
Kriey ... dalam ramai-ramai yang masih selamat,kau dalam keadaan kritikal..kita baru jumpa minggu lepas.kau amik aku dan kawan-kawan dekat airport.kau ceritakan tentang kereta kau.mcm mana kau beli,kenapa kau beli.kau ceritakan semua..
kereta dah musnah kriey ..tempurung kepala kau retak..kecederaan kau lain-lain aku tak faham..sebab istilah sains..semua orang tak nak ceritakan kejadian sebenar kat kau sebab tak nak kau fikirkan apa2 hingga kau betul2 sihat.dan kau sendiri tak ingat apa-apa tentang kejadian..
kriey,aku datang wad kau..kau tutup mata..tapi kau masih dengar ada orang datang.
kau tanya "siapa tu"
"kiri kau mira,kanan kau naimah.kau ingat tak aku?"
"ingat.mira .aku haus.aku nak air.."
"tak boleh..doktor tak bagi kau minum atau makan.."
"aku haus sangat.aku nak air.."
Allahurobbi kriey ..aku nampak kau telan air liur banyak kali.mesti kau sangat dahaga kriey .tapi aku tak boleh bantu.aku mintak kebenaran nak bagi kau air sekadar satu penutup botol.nurse tetap tak bagi..
"kriey..ayah kau call tadi.tanya keadaan kau.."
"aku kenapa?aku kat mana?"
Aku dan naimah hanya senyap.hanya mampu menggeleng lemah tanda tak perlu ceritakan apa-apa..dalam keadaan macam ni,jika kau tahu kau memandu menyebabkan kematian.mesti kau akan jadi lebih sakit.
Tapi kriey,kau terus hujankan aku dengan pelbagai persoalan..
"aku appendiks ke?aku gastriks ke?"
"kat hidung aku ada wayar ke?kenapa?"
"kenapa susah sangat nak bangun ni mira."
"kunci kereta aku mana?"
"aku kat hospital petra?bila aku pergi petra?"
"siapa drive mira?"
"siapa yang ada dengan aku?"
kriey .sudah lah.sudahlah..aku terpaksa tipu kau kriey.aku cakap aku tak tahu.aku datang terus melawat kau..walhal aku tahu semuanya kriey..
kau nak cakap dengan ayah kau..aku telefonkan.dihujung mata kau keluar air mata..kau langsung tak bukak mata sepanjang aku ada dalam wad kau.kriey..kau tipu.kau cakap tak sakit.walhal kau sakit kan?susahnya kau nak bernafas..
"aku nak cakap dengan ayah aku lagi.."
"aku dah call..tapi tak angkat.."
"kau cuba call no ni..019 ++++ "
kriey..kau ingat semuanya.tapi kau tak ingat tragedi semalam?
aku tak tahu macam mana nak stopkan pelbagai pertanyaan kau..
"kriey,aku dengan naimah nak pergi makan jap.."
"makan kat mana?"
"restoran depan tu " (padahal hospital petra kat tengah2 gunung.mana pulak ada restoran.kedai pun takde)
"belikan aku air"
"ha..okey .." T.T
"jangan lama2..aku haus.."
aku bukan pegi makan kriey..aku pergi melawat mangsa yang lain..tapi kalau aku cakap pergi melawat yang lain,mesti kau tahu yang eksiden ni melibatkan orang lain..
kriey .. kriey .. apa akan jadi kat kau kalau kau tahu cerita sebenar?maaf kan aku..maaf kan aku.. cepat sihat .semua orang tunggu kau sihat kriey ..
"mira,nanti kalau kriey dah sihat,dah tahu semuanya,dia marah kita tak?" naimah mengajukan soalan yang aku tak terfikir langsung !
Sumayyah .. apa perasaan family sumayyah..pasti mereka cuba untuk redha.saat menanti kepulangan satu-satunya puteri dalam keluarga pulang ke malaysia,akhirnya Allah menjemput dahulu.
Sumayyah.. saya cemburu.saya cemburu dengan awak.sebelum menghembuskan nafas terakhir,awak mampu mengucap syahadah tanpa sesiapa mengingatkan.tanpa sesiapa memberi bantuan.
"Dia pulang kepangkuan yang Esa dengan ucapan dua Kalimah yang Agung, dia insan istimewa di sisi Allah.
Bukankah kalimah itu mampu diucap dengan amalan? Sudah tentu dia punyai hubungan istimewa dengan Sang Pencipta.
Saat berita kematiannya diiringi syahadah itu sampai di telinga, bercucuran air mata memuji Ilahi. Janji-janji Nabi terngiang di telinga. Sungguh dia bukan insan biasa.
Tenanglah semua, dia bakal bahagia, disambut girang penduduk sana, berakhir dia dengan kalimah mulia, dia sememangnya istimewa. Di sisi Allah yang Maha Perkasa.
Ku doakan Syurga buatmu selamanya
Bukankah kalimah itu mampu diucap dengan amalan? Sudah tentu dia punyai hubungan istimewa dengan Sang Pencipta.
Saat berita kematiannya diiringi syahadah itu sampai di telinga, bercucuran air mata memuji Ilahi. Janji-janji Nabi terngiang di telinga. Sungguh dia bukan insan biasa.
Tenanglah semua, dia bakal bahagia, disambut girang penduduk sana, berakhir dia dengan kalimah mulia, dia sememangnya istimewa. Di sisi Allah yang Maha Perkasa.
Ku doakan Syurga buatmu selamanya
-kailani zahari-
Sumayyah .. bila dibawa ke bilik mayat,itu lah pertama kali saya tengok wajah awak..diberitakan kecederaan awak parah.tapi tengok keadaan awak umpama awak hanya mengalami kecederaan kecil.tenangnya wajah awak.cantiknya wajah awak bertemu tuhan.Sumayyah,makhluk dunia jelez sumayyah..
Sumayyah,tenanglah awak disana.doa kami semua semoga awak ditempatkan dikalangan orang beriman.Sumayyah,gerabak dakwah akan tetap bergerak.membawa semangat awak bersama.Langkah kami moga terus meluncur laju.selaju dan sederas semangat awak..
Kadang kita tidak tahu apa akan jadi detik seterusnya.Boleh jadi kita pula ditimpa ujian..
Peringatan untuk semua yang bermusafir,tajdid niat sentiasa supaya tak menjadi sia-sia.bawa passport dan iqomah kemana-mana.walaupun hanya ke aqabah.Maklumkan pada keluarga.
Jazakumullahu kheir buat pegawai2 EMJ dan JPA yang sama-sama berada dihospital dari lepas terjadinya kejadian,hinggalah semuanya selesai.Buat wakil2 mpmmj,ketua helwi saudari naimah akmar dan lain lain.Rakyat jordan dan uK dan dunia juga yang tidak putus putus tembakan doa.
Semoga Allah permudahkan urusan kalian dihari akan datang.Semoga Allah permudahkan imtihan diminggu ini dan akan datang.Semoga disaat kita memerlukan,ada yang menghulurkan bantuan.
Sebarang update terkini boleh dilihat di fb mpmmj jordan.
Untuk makluman,kos perbelanjaan syukri alias,humaira dan kak ili sangat tinggi memandangkan mata wang jordan yang tinggi.Walau hanya 1jd atau RM5 kita hulurkan,percayalah,Allah akan nilai jika kita benar-benar ikhlas.
Semoga kita menjaga tiap langkah kita.Al-fatihah buat arwah sumayyah ..
Nota hati : Mungkin ada dalam cerita ni saya tersalah info.atau saya terlupa ..minta maaf ..
||Permasalahan Akaun Maybank||
Buat sementara waktu, akaun bank
Akaun : Maybank
No. Akaun : 1630 4627 8572
Penama : Salsabila Al Mardiah Binti Mohammad Yunus.
Mengalami masalah teknikal, dan sebarang transaksi buat ketika ini tidak dapat dijalankan.
Buat ketika ini, sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui Paypal di alamat :
elrdhiyyah@gmail.com
(akaun ini juga telah dikosongkan untuk kegunaan umum. terima kasih)
Mohon maaf atas kesulitan yang timbul.
Jazakumullahu Khairan Kathira.

61 comments:
TAJUK LAGU APA YE?..SEDIHNYA DENGAN CTER NI..AL FATIHAH..
MOGA SEMUA TABAH DAN IKHLAS MENERIMA TAKDIR INI..
innalillah..moga semua tabah dan ikhlas menerima takdir Tuhan..
AL FATIHAH
*lagu soundtrack ni apa ye ukhti?
Moga dimudahkan Allah hendaknya....amin...
Alhamdulillah,Acai (Nazirul) dah selamat dibedah pukul 1030-1430 24 Jun di Amman Hospital. Pada adik-adik dan sahabat semua,passport tu paling utama. Semalam abang sambut Acai di Hosp Amman. Procedure nak register Acai pun makan masa sampai Acai terbaring atas stretcher dkt main entrance tu for more the 30 minutes sebab nak tunggu passport dari Irbid. Faham-faham lah keadaan di bumi sini macam mana.
ada tak sesiapa yg saya boleh hubungi..tlg email sy segera ea..hizwaniahmad@gmail.com..akramakillah..
xleh nk derma.unauthorised acc..pls check.
Ya Allah..beribu kali ku membcnya..ku muncari hakikt hidup ini terlalu singkt..persedian y rapi perlu utk memghdp Ilahi..smg aruwh serta rakn2 y lain drahmati Allah..
Assalamualaikum Admin... terharu saya apabila mendapat tahu cerita yang lebih dekat ngan mangsa-mangsa... Takziah buat semua... Saya nak tanya, boleh saya tahu tajuk lagu yang dipasang tu? saya suka
Boleh saya tahu tajuk lagu?
Assalamualaikum ukhti..kat malaysia ramai nak sumbang, tapi dengar nya no akaun tu tak authorized..maybe maybank2u busy. ada nombor akaun lain?jazakillah
Syahid..
kirim salam kat kriey..
Allahukakhbar.. walaupun tidak mengenal arwah namun bait2 penulisan jelas terpancar semangat arwah.. moga roh arwah dalam kalangan insan2 yg beriman..In Shaa Allah.. Al-Fatihah buat arwah.. Salam takziah buat keluarga arwah
ya ALLAH......
niat di hati tak mahu ambil tahu berita ini...
tapi apabila baca..... sedih... tak mampu ucap dgn kata2....
semoga kalian semua lekas sembuh yee..
buat humairah... semoga kamu kuat dan tabah....
salam dr malaysia
Allah...menitis air mata sy membaca kisah tragedi ni... Moga kak Sumayyah ditempatkan di tempat orang yg beriman . Dan semoga mangsa lain sembuh seperti sedia kala . Amin..
I'm speechless.. But alhamdulillah, akhir qalam sumaiyyah ended with 2 kalimah syahadah.
Btw.. Malaysian generally wanted to know, whats the purpose these ladies travel from UK to Jordan? If its for da'wah its a good cause still is it necessary from UK to Jordan?? Is there not enuff daie in Jordan who perform da'wah there until there is a need to call upon help from UK to travel to Jordan?
We, Malaysian Muslim is concern as well. We prayed for fast recovery for all of them.
I'm speechless.. But alhamdulillah, akhir qalam sumaiyyah ended with 2 kalimah syahadah.
Btw.. Malaysian generally wanted to know, whats the purpose these ladies travel from UK to Jordan? If its for da'wah its a good cause still is it necessary from UK to Jordan?? Is there not enuff daie in Jordan who perform da'wah there until there is a need to call upon help from UK to travel to Jordan?
We, Malaysian Muslim is concern as well. We prayed for fast recovery for all of them.
Allah..Allah..sedih membacanya..al-fatihah untuk arwah sumaiyyah..moga sahabat2 yang lainya kembali sihat..doaku dari kejauhan untuk saudara/saudari seagamaku..
salam. Kenaa ye tak boleh transfer duit ke akaun maybank tu? tak valid no akaun tu,kena reject. ='(
assalam..
saya cuba transfer ke Maybank..tp die cakap account is not authorised.
salam... saya tak boleh transfer.. account not authorized...
salam... boleh tahu fb kak ili x
assalamualaikum,berkenaan dengan sumbangan,saya akan maklumkan pada bendahari mpmmj dan akan maklumkan semula insyaAllah.
terima kasih atas keprihatinan kalian.moga Allah nilai ibadah ..
salam.. sy menghadapi masalah yg serupa. x dpt transfer.. account not authorize..
al-fatihah... untuk arwah sumaiyah.. semoga cepat sembuh untuk mangsa yang terlibat
al-fatihah.. takziah untuk keluarga.. semoga ditemaptkan di kalangan orang yang beriman... semoga cepat sembuh untuk semua mangsa yang terlibat..
takziah.. al-fatihah untuk arwah sumaiyah..
al fatihah . ingin sy jd seperti arwah kak sumayyah .
Innalillah...semoga arwah di tempat bersama para solihin.
sama2 muhasabah utk kita bertemu dgn pengakhiran kita pula :'(
Ya Allah. Kalimah terkahir terungkap di bibir arwah... sangat3 kagum :') untuk yang terselamat, doa saya sentiasa bersama kalian semua. semoga tabah dan sabar menghadapi ujian Yang Maha Esa.
salam...klu tak boleh transfer duit biasanya bank sekat sebab mungkin byk sngt kemasukan?transaction dalam 1 hari.takut ada penipuan.owner kena pagi bank n bgtau jgn sekat transaction.
Salam..
Sy ex student jordan merakam sekalung takziah kpd semua mangsa kemalangan..moga ada hikmahnya..
Salam...terima kasih berkongsi...ya Allah..sedihnya..sgt terkesan dgn cara pemergian Sumayyah...semoga mangsa yang lain sgt tabah...bagi mereka semangat ye.thank u..
proses transfer tadi boleh diproses. mungkin maybank2u busy. sebab akaun dia valid :)
Assalamualaikum...
Smga Allah shja y dpat mmbalas kbaikan ukhti dlm mmbntu mrka y memerlukan...
Bila bca brta ttg kmlangan ni,trasa sgt dgn pmrgian aruah sumaiyah..wlpun tak prnah mngnalinya...smga dia dtmpatkan brsama2 org y soleh..
Jika tak mnjadi mslah..Sya nak mnta kbnran utk share kisah Drama Papan Kekunci..
Assalamualaikum...
Smga Allah shja y dpat mmbalas kbaikan ukhti dlm mmbntu mrka y memerlukan...
Bila bca brta ttg kmlangan ni,trasa sgt dgn pmrgian aruah sumaiyah..wlpun tak prnah mngnalinya...smga dia dtmpatkan brsama2 org y soleh..
Jika tak mnjadi mslah..Sya nak mnta kbnran utk share kisah Drama Papan Kekunci..
rasanya akaum tu di deactivate oleh bank...ini berlalu bila terlalu byk transaction berlaku pd satu2 masa....mungkin blh provide no akaun yg lain utk disalurkan....moga arwah sumaiyah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman... satu dunia mendoakan arwah...itulah ant hikmah kejadian ini..dr yg tdk mengenalinya pun mendoakan beliau...sesungguhnya Allah itu lebih menyayanginya dan Allah mahu semua org mendoakannya serta tahu kelwbihan arwah...utk yg lain...moga cepat sembuh....dan berhati2 utk semua...
Assalamualaikum...
Smga Allah shja y dapat mmblas sgla kbaikan y ukti ushakan dlm mmbntu mrka..ssguhnya amat terkesan sgt bila dpat tau brita kmlngan ni..lgi2 dgn pmrgian aruah sumaiyyah wlpun xprnah mngnalinya..smga dia ditempatkan brsma org2 y soleh..dan kpda y msih mnrima rwtan smga dbero ketbahan..
Jka mnjadi mslah sya mnta izin utk share blog dan cerita ni..
al-fatihah..semoga arwah dtempatkan dlm kalangan org beriman..
ost city hunter...
Assalamualaikum wbt.
Hampir menitiskan air mata membaca coretan tersebut. semoga kalian semua kuat menempuh ujian dan dugaan yang diberikan Allah s.w.t.
Semoga allahyarham Summayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. kuatkan semangat kawan-kawan.
al-fatihah
Mpmm Jordan
||Permasalahan Akaun Maybank||
Buat sementara waktu, akaun bank
Akaun : Maybank
No. Akaun : 1630 4627 8572
Penama : Salsabila Al Mardiah Binti Mohammad Yunus.
Mengalami masalah teknikal, dan sebarang transaksi buat ketika ini tidak dapat dijalankan.
Buat ketika ini, sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui Paypal di alamat :
elrdhiyyah@gmail.com
(akaun ini juga telah dikosongkan untuk kegunaan umum. terima kasih)
Mohon maaf atas kesulitan yang timbul.
Jazakumullahu Khairan Kathira.
Mpmm Jordan
||Permasalahan Akaun Maybank||
Buat sementara waktu, akaun bank
Akaun : Maybank
No. Akaun : 1630 4627 8572
Penama : Salsabila Al Mardiah Binti Mohammad Yunus.
Mengalami masalah teknikal, dan sebarang transaksi buat ketika ini tidak dapat dijalankan.
Buat ketika ini, sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui Paypal di alamat :
elrdhiyyah@gmail.com
(akaun ini juga telah dikosongkan untuk kegunaan umum. terima kasih)
Mohon maaf atas kesulitan yang timbul.
Jazakumullahu Khairan Kathira.
Mpmm Jordan
||Permasalahan Akaun Maybank||
Buat sementara waktu, akaun bank
Akaun : Maybank
No. Akaun : 1630 4627 8572
Penama : Salsabila Al Mardiah Binti Mohammad Yunus.
Mengalami masalah teknikal, dan sebarang transaksi buat ketika ini tidak dapat dijalankan.
Buat ketika ini, sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui Paypal di alamat :
elrdhiyyah@gmail.com
(akaun ini juga telah dikosongkan untuk kegunaan umum. terima kasih)
Mohon maaf atas kesulitan yang timbul.
Jazakumullahu Khairan Kathira.
It is common for students to have a short holiday before going back home. If I am not mistaken, that was what she was doing. She was on the way to visit on of the cake mentioned in a surah. But this was just relayed to me. I have no personal contact with her whatsoever.
Mpmm Jordan
||Permasalahan Akaun Maybank||
Buat sementara waktu, akaun bank
Akaun : Maybank
No. Akaun : 1630 4627 8572
Penama : Salsabila Al Mardiah Binti Mohammad Yunus.
Mengalami masalah teknikal, dan sebarang transaksi buat ketika ini tidak dapat dijalankan.
Buat ketika ini, sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui Paypal di alamat :
elrdhiyyah@gmail.com
(akaun ini juga telah dikosongkan untuk kegunaan umum. terima kasih)
Mohon maaf atas kesulitan yang timbul.
Jazakumullahu Khairan Kathira.
Mpmm Jordan
||Permasalahan Akaun Maybank||
Buat sementara waktu, akaun bank
Akaun : Maybank
No. Akaun : 1630 4627 8572
Penama : Salsabila Al Mardiah Binti Mohammad Yunus.
Mengalami masalah teknikal, dan sebarang transaksi buat ketika ini tidak dapat dijalankan.
Buat ketika ini, sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui Paypal di alamat :
elrdhiyyah@gmail.com
(akaun ini juga telah dikosongkan untuk kegunaan umum. terima kasih)
Mohon maaf atas kesulitan yang timbul.
Jazakumullahu Khairan Kathira.
ili dayana ni dulu skolah sungai rokam ipoh kn?
sangat halus dan teliti gaya penulisan ukhti. jazakillah buat cerita realiti ni menyentuh jiwa. takziah pada mangsa. sebab ramai bertanya ni link tuk soundtrack atas. http://www.youtube.com/watch?v=Xtb7jJiHGoY&list=PL4F9D8159359BDEA6
Innalillahiwainnahiroji'un. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Tersentuh sangat, arwah mengucap sendiri tanpa diingatkan sesiapa. Allah benar sayangkan dia. Dan untuk mangsa lain, moga Allah beri kekuatan buat semua, in shaa Allah.
masyaAllah, menitik air mata saat baca cara pemergian Sumayyah. hebat. semoga yang lain cepat sembuh and buat ibu bapa si puteri sulung tu, semoga tabah..
bismillah slm kpd anynomous yg tanya knapa akhawat uk pi jordan, pertamanya bumi Jordan adlh antara bumi para anbiya' , bukankah ALLAH suruh pegi tengok kesan peninggalan kaum2 y mendustakan rasul supaya kamu dpt pengajaran, antaranya
laut mati kaum nabi Lut,
Petra (kaum nabi soleh, dan banyak lagi, di
Jerash peninggalan tamadun Rom, gua ashabul kahfi,
kesan peperangan umat Islam peperangan yarmouk dan peperangan mu'tah,
The blessed tree pokok y mnjadi tmpat nabi berteduh ketika brdagang ke Syams dgn bapa saudaranya,
dan mcm2 ..
seterusnya mmg menjadi kebiasaan kami melawat akhawat2 yg berada di lain2 negara untuk mgeratkan ukhuwah bertanya khabar berbincang duduk bersama ttg aktiviti gerabak dakwah di negara masing2 di samping perkongsian ilmu dan sebagainya, cara ini smmgnye impak y hebat memantapkan lg ukhwah dpt berkenal2 berkongsi idea dan pndapat dn mcm2 lah.. tak lain tak bukan hanya mgharap redha ALLAH semata kerana itu pling utama pelbagai aktiviti brjuang dlm mmbantu agamanya, dan dgn tarbiyah itu baru kita faham kenapa dan kenapa, bertanya lagi kenapa dan kenapa kenapa kenapa cari jwpn dgn tarbiyah, cari ape tu tarbiyah
takziah buat mangsa yang terlibat.. Innalillahi wainna ilaihi raji'uun
to the anonymous who had asked on 23june 10.15pm..بسم الله الرحمن الرحيم
Your question, atleast for me it sounded like why are u traveling from kl to jb on your holidays?
To answer that, i think they are traveling is because of the histories of jordan hold herself, she is an bumi anbiya', visiting these places make us feel more closer to the sirah. Make us praises the beautiful world Allah The Almighty have created for us, even made us even a humble slaver to Him. While on these trips we'd also make connections with other sisters, bonding our ukhuwwah, share experiences or see how they'd do their dakwah bcoz its diff when u were at a non muslim country and a fully enrolled muslim country. Even malaysia n middle east couldnt be compared to even they are both muslim countries. Islam is just so well practiced in the middle east, u are not awkward to ride a cab with quranic verses on their radio or say salaam to the passersby! :)
Wallahu3lam
[UP-DATE TERKINI]
Alhamdulillah, tepat jam 5.45 pagi, hasil sumbangan ramai sebanyak jd 1000.00/ rm 4500.00 (ketika itu) ditambah dengan bayaran pendahuluan oleh wang peribadi pelajar sebanyak jd 1700.00/rm 7650.00 , menjadikan jumlah genap jd 2000.00/rm 9000.00 dapat dihulurkan untuk melangsaikan yuran dis-charge saudara syukri (jam 5.45 pagi waktu jordan) dipindahkan ke hospital al-haya di amman, saudari humaira' dan saudari ili (tengahari ini) berjaya dilaksanakan.
Disebabkan berlaku transaksi kredit/debit yang sangat aktif, sistem akaun bank Maybank di'blok' sementara sehingga esok. Pihak kedutaan, pihak MPMMJ dan saya sendiri telah berusaha untuk menghubungi Maybank di Malaysia untuk menangani permasalahan ini. InsyaAllah, sistem akaun ini akan disetting semula dan diselenggara esok setelah melalui beberapa proses yang akan diuruskan oleh pihak kedutaan dan MPMMJ.
Jumlah wang kutipan derma di dalam akaun MAYBANK 1630 4627 8572, kini berjumlah RM 9 578.38 (JD 1668.58) sebelum disekat oleh sistem bank secara automatik.
Manakala derma melalui akaun paypal berlangsung dengan baik, jumlah total akan dimaklumkan pada malam ini.
Berhubung dengan perkara tersebut, pihak yang ingin memberikan sumbangan/derma untuk menampung kos rawatan masih boleh melakukannya melalui akaun paypal:
email: elrdhiyyah@gmail.com
Update mengenai akaun Maybank, akan dimaklumkan esok pagi setelah sistem pulih seperti sediakala.
Salsabila Al Mardiah Bt Mohammad Yunus,
Timbalan Bendahari MPMMJ 2013/2014
Mubgkin akaun tu akaun simpanan.bank akn sekat klu tlmpau byk trnsaction..sbb tu org bis on9 xleh pkai akaun simpanan,kne pkai akaun semasa..
assalamualaikum, takziah pd mangsa yg terlibat.... mendoakan yg terbaik utk semua.. moga Allah beri kekuatan pada mangsa n keluarga mangsa... lepas bace, rasa nk lebih mghargai org dskliling... ty..
Takziah buat semua terutama keluarga arwah Sumayyah.. semoga arwah tenang disana .. buat kak humaira dan suami semoga tabah..puterimu menanti kalian disyurga.. hikmah yg terbaik pastinya buat kalian.. utk kak ili dan yg lain kuatkn semangat dan semoga cepat sembuh..
hope all Muslims Malaysians overseas keep strong
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan para sahabat di sana. Kuatkan semangat dan tabah dengan ujian dariNya. Kami hanya mampu berdoa semoga diberi kekuatan sepanjang menempuh ujian ini. Sebagai senior Sumaiyah di Sultanah Asma.. kami mengirimkan Al-Fatihah semoga tergolong bersama para mukmin. Amin.
Sy tlg jawabkan ye..
Mmg perkara biasa bg pelajar2 luar negara pergi holiday,melawat ke negara2 lain selain tmpt belajar masing2. Skrg pula mmg waktu cuti pnjang di sana..
Assalam...kami dari bumi iskandariah,mesir mengucapkan salam takziah..semoga Allah melindungi dan memudahkan urusan klian...
sampaikan salam takziahku kepada saudara nazirul mubin serta rakan2 yg terlibat dlm kemalangan
daripada azrul(bekas dormmate form 1 sarjana)
semoga kalian tabah dgn ujian drpd ALLAh S.W.T
Post a Comment