Mata orang arab yang memandang,dia tidak endah.Yang dia tahu,lepas je habis exam hafazan ni,bagaikan sudah terlepas satu beban atas bahunya.
Langkah ana perlahan.Semalam bukan main nak jadi orang paling awal amik turn.Harini macam nak jadi orang paling akhir ! Ana rileks.insyaAllah mood doctor baik.Fuh !
Bangunan syariah tersergam depan mata.Ana terhenti..dah ready betul ke ni..9surah betul2 hadam dah ana oi??? ni final tau.kau gila kalau kene repeat ! ana duduk dikerusi yg tersedia ada dibawah pokok.cuba mengulang kembali kesemua surah .ditemani kucing yang entah dtg dari mana.
Okey ana.sampai bila kau nak tercongok depan bilik doctor ni.Dengan lafaz bismillah,ana melangkah masuk..
"Suhana ?"doc cuba mengingati nama.huiyo.doc kenal aku.Ana..kau tgh exam.behave
"na'am doc"
"hadhir aw hafz awwalan?(baca quran atau mulakan dgn hafal dulu?)
"hadhir"
"surah al-kahf.ayat 17"
Oh .power doc ni.nak tengok org tu selalu baca al-kahf ke tak.dia suruh baca surah al-kahf separuh muka.Alhamdulillah .lancar.10 markah dalam tgn insyaAllah .senyum.
Jantung dup dap dia macam nak pecah je bila ditebuk bermula dari al-mujadalah,alhasyr kemudian al-mumtahanah,al-saff,al-jumu3ah sampai al-talaq Ana mula menjerit dalam hati.Ya Allah cepatttlahhh habissss .
"Syukran doctor" ..ana bangun dan keluar dari bilik exam dgn perasaan yang bercampur baur.Lega?Entah.Puas?Of course tak .Habis exam bukan bermaksud bebas.tapi sebenarnya ada tanggungjawab besar yang bakal digalas.Jaga apa yang dihafal !
Dulu ana ingat,tak payah ingat pun tak pe.tak dosa.repeat bila free.Tapi,Ana tersentap,bila baca hadis dari hazrat abu musa ash'ari meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Jagalah quran dgn bersungguh2.Demi Zat yang nyawaku dalam genggamanNya.quran lebih mudah terlepas (daripada ingatan) dibanding dengan unta-unta terlepas daripada ikatan mereka.(Hadith riwayat bukhari dan muslim)
Kalau seseorang tu lalai dalam penjagaan binatangnya dan binatang itu melepaskan diri daripada ikatan maka binatang itu akn larikan diri.Macam tu lah kalau al-quran itu tidak dijaga maka al-quran tidak dapat diingati dan akan dilupai **nangis.
Pada dasarnya,menghafal al-quran ke dalam ingatan kita adalah satu mukjizat alquran yg jelas.sedangkan nak hafal sebuah buku yg tebal setengah atau 1/3 drpd al-quran bkn sahaja susah mala hampir mustahil !Cuba hafal ayat buku2 study tu ?sebiji sebiji.mustahil kan? So,penghafalan al-quran hanya dgn ihsan Allah .**nangis.
Macam Allah sebut dalam surah al-qamar
"Kami menjadikan al-quran itu mudah utk dihafal,adakah sesiapa yang mahu menghafalnya"(al-qamar:40)
Pengarang kitab tafsir al-jalalain tulis,dia cakap bahawa pertanyaan Allah dlm ayt ni bawa makna perintah.So adakah patut perkara yg telah Allah tegaskan berkali-kali kita anggap sbg perkara yg sia2 dan bodoh tak berguna dan buang masa.
Sebenarnya,usahalah macam mana pun untuk menghafal,tapi dengan rahmat dan kasih syg Allah lah alquran tu dapat dihafal.Tapi bila al-quran tu dilalaikan oleh yang menghafalnya maka terdapat amaran yang keras terhadap mereka.
Rasulullah bersabda: dosa2 umatku telah ditunjukkan kepadaku.daku mendapati satu dosa yg terlebih besar daripada dosa melupakan alquran setelah menghafalnya.
dalam hadith yang lain,baginda bersabda
"sesiapa yang melupakan al-quran setelah menghafalnya akan muncul dihadapan Allah nnt sbg org yg berpenyakit kusta."
Ana beristighfar panjang .Peringatan yang sangat keras bagi dirinya yang kadangkala lalai mengulang hafalan..
Sungguh,dengan rahmat Allah insyaAllah Allah bantu .
**sumber :buku fadilat amal

No comments:
Post a Comment