Thursday, April 25, 2013

Mereka mahu belajar berkorban

Angin petang jordan berhembus lembut.Bau haruman ikan masin dari dapur menusuk hidung.Aisyah,nasyrah dan wahida khusyuk menonton televisyen.Aku teragak-agak mahu membuka topik yang dah lama aku nak sampaikan pada mereka.Perasaan serbasalah menjalar dalam diri sejak bulan lepas lagi.Sampai bila kau nak sorok jiha?Hmm.

Aku duduk diantara mereka.Cuba memikirkan ayat yang sesuai.
"korang.aku ada hal lah nak cakap.tutup tv jap." jantung aku berdegup laju.ya Allah mudahkan.mudahkan dan lancarkan lidah aku untuk menerangkan pada mereka ya rabb !

"aku join usrah.." perkataan itu bagai berat aku lafazkan.aku tahu,mereka kurang percaya.tapi inilah hakikat.aku sudah berada dijalan ini.dan aku perlukan kekuatan kalian untuk sama-sama buang jahiliyah dalam diri aku.tak mungkin aku boleh membangun sendiri tanpa kalian housemate tercinta..

"serius?" seperti yang aku jangka,nasyrah tak mungkin percaya.kerana dulu,aku orang yang paling anti dengan perkataan usrah.bagi aku,mereka ini assobiyyah.bagi aku,mereka ini rasa,mereka yg bagus.bagi aku,kenapa perlu berjemaah utk tarbiyah padahal boleh dapatkan tarbiyah dimana-mana.

"kau mesti sekejap je kan?nak rasa-rasa je" luluh hati aku mendengar kalam aisyah.kenapa kau tak doakan supaya aku tetap dengan jalan ni aisyah..

"korang,aku bagitahu ni sebab aku sayang korang.aku taknak,pergi usrah sorok2.aku taknak korang terasa kalau tahu dari orang lain.korang..salah ke aku join?"..aku luahkan segala perasaan yg aku pendam.

"kau nak tahu tak kenapa kitorang takut kau join?sebab nanti kau pindah.nanti kau lain.ukhwah kita pecah belah.selalu org join usrah,lama-lama akan pindah and duduk dengan kelompok diorang je.pung pang pung pang pasal ukhwah,tapi pegi pindah and tgglkan kawan-kawan yang dah 4tahun duduk sama.wujud assobiyah,ukhwah dengan yang lain tak fikir" lisa yang datang dari dapur tiba-tiba bersuara.suaranya lembut,namun nadanya tegas.

Aku menarik nafas..semua mata memandang kearah aku.aku tahu,diorang sayang aku.dah 4tahun,kami diperantauan ini bagaikan adik beradik.mana mungkin sanggup berpisah.

"tak korang.aku tetap dengan korang.aku tetap tinggal kat sini..." nadaku semakin rendah.bagaikan mahu menangis .bagaimana aku mahu meyakinkan korang bahawa aku tetap akan berada dalam teratak ini.

"itu kau cakap,kau akan dipaksa pindah !" wahida geram.dia mengambil handphone disebelahnya dan berlalu masuk kebilik.pintu dihempas kuat.Aku hanya mampu memandang.wahida..satu hari nanti kau faham..

Khabar angin dipaksa pindah untuk duduk sesama jemaah selalu singgah ditelinga aku.Walhal,bukan dipaksa.tapi mereka yang pindah rela hati untuk pindah ke RI.what is RI?Singkatan untuk rumah islam.

Maka wujud kata-kata yg krg enak,mereka itu assobiyyah,mereka itu memecah belahkan ukhwah,walhal,mereka memikirkan keselesaan housemate mereka sndiri.Pindah rumah untuk menjadi lebih baik,bukan satu keputusan yang mudah.ketahuilah,mereka mengambil masa yang lama untuk berfikir.mereka korbankan perasaan sendiri untuk tinggalkan housemate tercinta.

Kenapa nak masuk RI?
Mereka yang berada dalam RI,mempunyai tujuan yang sama.Biasanya berada dlm kelompok jemaah yg sama.Mahu tarbiyah diri 24/7 .RI berbeza dengan rumah rumah lain.Banyak perkara,kita perlu korbankan.Jika kita sudah biasa main game lepas maghrib,masuk RI,kita rasa pelik sikit.kerana mereka akan berteleku dengan al-quran.jika kita dah biasa subuh pukul 7.di RI,subuh kita perlu awal.bahkan,jemaah itu selalu

Itu hadaf/objektif RI.mahu menjaga marotib amal.mahu menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Tak cukup ke,liqo tiap2 minggu tu?
Biasanya,liqo 2/3jam.Cukup kah hanya 2/3jam itu untuk menjaga diri kita?lepas-lepas tu,apa yang kita dapat dari liqo tadi,kita lupa.Mereka ini,ingin menjaga amal mereka.mereka ini ingin selalu diingatkan.bukan mereka berpindah,bermaksud ex housemate x mengingatkan.bukan macam tu.tapi oleh kerana mereka yang berada didalam RI,mempunya hadaf yang sama,maka perjalanan amal akan jadi lebih smooth.buat sama-sama,bukankah lebih seronok?cuba kita berperang sorang-sorang,kita akan cepat putus asa kan?macam tu lah,bila kita mahu membuat amal yang tak biasa kita buat.kita perlukan sokongan.biah dalam rumah tu sendiri,sangat penting untuk kekalkan momentum

Biasanya RI akan digunakan utk mabit,daurah,dan liqo-liqo lain.berada di RI,barang2 kita,adalah barang orang2 lain juga.kita perlu berkorban bahawa ini juga rumah mereka.bayangkan,jika ada housemate mereka,yang tidak sama-sama berada diatas jalan ni,mereka bagaikan membuat kita tak selesa.apabila segerombolan orang datang kerumah,untuk tidur,iftar dan makan bersama-sama.apabila tandas digunakan oleh ramai orang.apabila rumah bersepah setelah usai usrah.mungkin yang sanggup berkorban hanya mereka.dan kita berasa tidak selesa.lantas mereka mencari jalan,supaya kita selesa,mereka sendiri yang melangkah ke RI.pernah kita fikir bahawa mereka fikirkan keselesaan kita?

dan yang berpindah ke RI,ziarah ex housemate itu perlu.kerana ukhwah kalian bagai air yang x mungkin putus.anda inginkan amal anda terjaga,anda juga perlu membawa orang lain utk merasai kemanisan iman.bukan hidup sendiri,atau hidup dalam kelompok.

Aku memandang wajah nasyrah.mengharapkan nasyrah faham.bahuku ditepuk lembut.aku memeluk nasyrah erat..

"nasyrah,biarlah orang lain x faham.tapi kau faham.aku tak kan tinggalkan rumah ni nasyrah.sebab aku masih belum mampu untuk membuat pengorbanan sebesar tu.tapi nasyrah,bantu aku supaya aku tidak jatuh.aku harapkan tu je.."air mata mengalir laju.Mata nasyrah merah.tanganku digenggam erat.

"raudhah,semoga istiqamah.aku doakan.sentiasa..walaupun kita berbeza dalam jalan perjuangan,hati kita tetap percaya pada yang 1.hadaf kita tetap sama.mereka faham raudhah.beri mereka masa."..terima kasih Allah.kau kurniakan nasyrah disaat aku perlukan sahabat untuk mendengar.

Jalan ini masih panjang.entah suatu hari,aku akan kecundang dan tewas.aku tidak tahu.ya Allah,tetapkan hati2 kami dalam agama-MU.

berkorban lillahi taala

tentang RI :http://muharikah.com/319/

Nota hari : ini sekadar kisah rekaan.tiada kena mengena dengan sesiapa pun.dulu pernah juga persoalan ni membelenggu diri sendiri..

1 comment:

ainfarhanah said...

tertarik dengan cerita kali ni..hari2 aku baca entry yg berbeza..tp,sangat terkesan..jzk noare.. :)