"Tabda' min surah alqamar."(mulakan dengan surah al-qamar)
Mati ! surah tu x sempat hafal.Terus terang dgn doctor..Tiba2 suara doctor meninggi..Ada perasaan sedih dalam hati aku..Masa tu mula dah.mula dah rasa nak lari dari kelas tu.Malu kene marah depan orang ramai.Walhal orang arab ramai yang tak hafal langsung!
Hari ni hari rabu.Imtihan hafazan dan tilawah.Hafazan separuh juzuk 27..So sbb x hafal 1surah lagi.,hari ni aku exam tilawah je.And tangguh utk hafazan hari isnin..Sbb da kene tengking tadi,aku tilawah pun suara tersekat2.Masa tu,memang beristighfar jelah dalam hati.Allah tahu apa aku pendam.Allah tahu aku tgh sedih.Tiba-tiba ada ayat "dan Dia yang menjadikan kamu ketawa dan sedih" .Sampai ayat tu,air mata jatuh juga..Basah purdah aku.Arab kat sebelah tepuk-tepuk belakang aku.Okey memang malu sebenarnya.
Balik rumah nangis puas-puas.Kenapa ni amira.Kenapa susah sangat nak hafal quran.Tidur kejap.Bangun cuba hafal semula.
Mungkin mudah bagi mereka yang memang dari sekolah hafal quran.Tapi bagi aku susah sebab aku baru hafal 2juzuk.29 dan 30.dan sem ni perlu hafal 2juzuk lagi.Mungkin bagi huffaz mereka xde masa terhad utk hafal.Tapi kat sini,2juzuk utk 3bulan.Kalau tak lepas,x boleh grad.Cuak tak?Yes aku cuak.sampai aku rasa nak drop subjek tu.And continue next sem.
__________________________________________________________________________________
Hari ni hari isnin.Hari ni imtihan hafazan utk kali ke-2..
Teet.bunyi whatsapp pukul 6pagi.Peh xde keje ke orang ni whatsapp pepagi.
"Mira,aku tak gi exam hafazan.Aku nak drop"
Ahh ! Sorang dah kecundang ! Masa tu aku masih dalam dilema.Nak teruskan ke nak drop..Exam 9.30.Pukul 9 aku still kat rumah.Iron baju,makan.Iron baju dgn makan pun,mulut aku terkumat kamit revise balik hafazan.Nampak tak gentar gila aku dengan exam ni.
9.25.Bisik kat hati sendiri.Tak pelah mira.Try je.kalau x tabah jugak,baru drop.
"Doakan aku wehhh.balik dengan senyumannn !" semangat aku jerit kat satu rumah mcm nak bagi jiran sebelah dengar
Aku pergi kelas dengan penuh slow macam aku langsung tak lambat.Masuk kelas mula dah debarannya.Tetiba doctor tangguh lagi exam hari isnin.sbb ramai org arab x hafal lagi.Ahh !Taknak dah tangguh.terseksa aku hidup dalam ketakutan (eheh~)
"Doc,yumkin biddi tasmi3?" (doctor,boleh x saya nak tasmi'?)
"mashi.min ayat 15 surah al-zariyat" (xde masalah.baca dari ayat 15 surah alzariyat.)
tutup mata.tak pandang orang lain.aku baca sambil bayangkan muka mak.haha.
then kene tebuk surah al-najm.
then surah al-tur.
at the end.....aku dgr...sodaqollahuladzim.
Fuh ! Alhamdulillah ! alhamdulillah ! masa tu aku terus peluk kawan sebelah aku !
Sebenarnye,mlm tu aku agak futur.Too many things happened.But alhamdulillah robbu yassir wala tu3assir.
InsyaAllah x drop.InsyaAllah dapat pulang tahun depan ke malaysia.
Senyum sampai telinga.Senyum kerana Allah bantu
Berbaki lagi 3juzuk.Untuk berjaya dalam ijazah sarjana muda syariah universiti yarmouk jordan.Tembakan doa sebanyak-banyaknya.Risau futurnya lebih lama dari usaha T.T


1 comment:
Tahniah noare! :)
Post a Comment