Monday, February 25, 2013

Ini masalah kita,remaja!

Masa sekolah rendah,bila cikgu tanya,besar nanti nak jadi apa?
"Nak jadi cikgu"

Masuk sekolah menengah..cikgu tanya,cita-cita nak jadi apa?
"Nak jadi pendakwah bebas"

Masa f5,mak tanya,nanti kau nak kerja apa?
"Akauntan"

Diawal masuk universiti,kawan tanya,lepas habis belajar nak kerja apa?
"suri rumah" (masa ni xde hala tuju dah rasanya.sebab bagaikan tersalah ambil bidang.)

Ditahun 3 peringkat ijazah,dan bakal habis tahun depan insyaAllah,akak naqibah tanya,awk nak jadi apa?
"Nak masuk dalam industri media.Jadi penasihat syariah"

Pelik kan?Apabila seorang budak usul fiqh,syariah yang orang selalu gelar "ustazah" cita2 nya mahu bekerja diindustri media Malaysia yang semua tahu media sekarang penipu,media sekarang cerita melayunya penuh dgn unsur lucah,media sekarang mahu terbitkan cerita islamik namun penuh dengan cacat cela.

Yes.Itu tekad saya.Berjinak-jinak dengan membuat short film.Cuba mengkaji ttg fiqh media,fiqh semasa.

Kenapa media?

Sebab bila kita berjaya menguasai media,insyaAllah kita berjaya menguasai dunia.

Petang tadi,lepas balik kelas,sambil makan,tgk cerita2 kat malaymovie.Tengok cerita wawa semput.baru part 1,x sampai separuh,saya rasa macam,ini ke media malaysia sekarang?Masukkan unsur2 lucah dalam cerita yang boleh dilihat umum tidak kira umur?No wonder.negara lain tak hormat pun malaysia.Dengan masalah politiknya,agamanya,assobiyahnya.

Remaja itu memang suka kan keseronokan.Saya pun.Saya bukanlah alim mana.Ada masanya saya layan jugak runningman,saya dengar jugak hot fm,saya nyanyi jugak lagu siti nurhaliza.Tapi jangan hingga kita lalai.Jangan sampai kita mengikut apa yang tak patut.Kerana kita ini remaja yang penuh dengan nafsu.

Kalian bisa mengubah dunia,andai kalian letakkan akhirat depan mata,dunia bawah dagu..

1 comment:

Tongkat Jibril said...

Tak pelik...ianya bagus... :)