Tuesday, December 25, 2012

Koran by heart

Hari ni terdetik untuk tengok ada cerita apa dalam hard disk.File-file dalam hard disk aku memang serabut.So aku jarang sangat bukak kecuali utk transfer apa2.

Tertengok tajuk "Koran by heart" .Macam menarik.Agaknya Allah nak bagi aku semangat lepas down semalam dengan exam hafazan.

Cerita tu,buatkan seorang insan yang sangat lemah baca quran,jadi bersemangat..Korang tengoklah.Dan aku pasti,korang mahu melangkah menjadi hamlatul quran (pembawa quran) .

Cerita dia berkisar competition hafazan quran yg berlangsung dimesir.Yang masuk pertandingan tu,dari pelbagai negara.

Dia menceritakan,kisah hidup 3orang peserta yg sangat menarik.Nabioullah.Seorang budak 10tahun.Yang berasal dari tajakistan,aku tak ingat eja dia macam mana.Dia tak tahu berbahasa arab.Dia tak berapa fasih tajwid.Semua hakim dlm pertandingan tu sangat kagum dengan dia.Sampai dia diberi taklifan utk baca beberapa ayat dihadapan presiden.Subhanallah T.T Kita yang tahu sikit2 bahasa arab,apa alasan kita untuk tidak menghafaz alquran? :((

Nabioullah

Peserta kedua,Rafieda.Dari india,10tahun.Masa semi-final,dia tak lepas satu ayat.But still,dia dapat 97% markah dia.Ayah dia 30tahun tak amalkan islam.Bila ayah dia dapat hidayah,ayah dia betul2 nak grab islam tu.Sampai sanggup pindah ke yaman,supaya anak dia dapat didikan agama dari guru yg hebat.Tengoklah cerita tu utk tahu lebih lanjut.

Rafieda

Peserta paling aku sedih,nama dia djamil..Dari negara kulit hitam.Mana tah..dia pergi mesir tu sorang.Parents dia x ikut pun.Peserta lain ada mak ayah ikut.dia tak..Then sebelum pertandingan dia call mak dia.Time line tak berapa okey.10hari..parents dia ingat,dia hilang..Masa hari pertandingan,dia dapat ayat yg byk diulang dalam quran.So dia confused.Hakim tu tegur,but dia tak faham.sebab hakim tu cakap bahasa arab.Pastu,masa dia recite quran tu,air mata dia keluar ='(  Dia x dapat buat dengan baik.markah dia cuma 23% ..But hakim tu beri taklifan pada dia utk baca quran depan jemaah masjid.Allahuakbar..

Djamil tak dapat nak bercakap dengan mak dia sebab line tak ok


Djamil nangis masa membacakan ayat quran

Cerita tu really inspired..Tengoklah.tengoklah.Tolonglah tengok.Ada 6part je.But aku cek kat u-tube dia tak complete.Kalau ada yg jordan nak,boleh copy dari aku.Kalau yg kat msia,er..if ada yg nak tengok insyaAllah aku upload dalam akaun u-tube aku.Ni part 2.http://www.youtube.com/watch?v=Bc-H6jn7VFA

Walaupun aku agak kecewa,hafazan juzuk 29 aku agak teruk semalam,andai kene repeat,aku tahu ada hikmah.Mana mungkin kalam Allah nak masuk pada hati yg lalai.Yang banyak gelaknya.Yang banyak laghonya.

Sem depan,aku amik subjek tilawah 2..lebih mencabar.Hafazan juzuk 27&28..Semoga dipermudahkan.amin..

If i have a child,aku nak sangat dia menjadi hafiz/hafizah.Aku tengok cerita tu,aku tengok how parents diorang sendiri temankan anak diorang baca quran tepi pantai,sambil jalan,aku harap aku mampu buat macam tu.dan pasti,aku dulu perlu menghafaz..separuh juzuk pun jadi lah T.T

:,)

1 comment:

nabilahmk said...

MasyaAllah, Allah allah! T_T