Tuesday, December 4, 2012

Aku,kau dan dia punyai masa yang sama.

Jari jemari itu terus menaip laju.Tanpa menghiraukan gelak tawa teman-teman sebilik,aisyah terus khusyuk menyiapkan assignmentnya yang tertangguh-tangguh disebabkan terlalu banyak program yang perlu diuruskan.

"Hmm !"

Terdengar keluhan kasar.Penat.Letih ! Dengan study.dengan exam.dengan program.dengan usrah.Papan kekunci kedengaran terhenti.Tafsir kecil itu dicapai.

"Sungguh manusia diciptakan bersifat suka mengeluh."[70:20]

_________________________________________________________________________________

Teringat kata-kata seorang senior "Manusia yang sibuk itu lah yang lebih menghargai masa dan merasai hakikat kemenangan sebenar."

Kadangkala kita mengeluh.Kita merasakan kitalah manusia paling sibuk dalam dunia.Walhal,masa diberikan pada kita 24jam.Sama seperti orang lain.Orang lain juga study.Orang lain juga menguruskan program.Orang lain juga exam,study,masak,usrah dan macam-macam lagi.Jadi wajarkah kita sentiasa mengeluh?

Koreksi diri sendiri.Saya,awak dan kita.24jam kita dibuang kemana.Allahu.Jika re-check,banyak sungguh saya membuang masa.Banyak.sangat banyak!

"Amira busynya sekarang.Video,menulis,meeting amboi.." 

Sejak pulang semula ke jordan september yang lalu,kata-kata tu dah bagai sebati dengan diri sendiri.Jika sem lepas-lepas,banyak sangat masa lapang.Saya lari dari terlibat menguruskan program apatah lagi menjadi AJK.Saya tak berminat untuk membuat video,edit gambar atau apa-apa pun.Maka,terlalu banyaklah maksiat tanpa sedar saya lakukan.Tengok movie,gosip dan macam-macam lagi !


Ketahuilah,kadang-kala orang yang terlalu busy itu bukan atas rela hati mereka.Tapi mereka merasakan itu salah satu jalan supaya mereka tidak lalai.Tapi,ada juga yang terlalu busy hingga solat entah kemana.Semoga kita bukan dalam golongan tersebut.

Alhamdulillah.Sem 1 tahun 3 bakal berakhir tak lama lagi.Dan saya rasakan sem ni terlalu banyak menguji dan sem yg byk mengubah diri sendiri.Merangkak belajar buat video,mencari makanan rohani melalui usrah dan program,menulis bila terluang.Namun tak dinafikan,saya selalu rasa futur.SELALU! Apabila teringat semula jahiliyyah yang lepas,dan kadangkala saya hampir-hampir mahu kembali semula ke kancah jahiliyyah tersebut.Sungguh manusia itu perlu diperingatkan selalu dan selalu !

"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya."[14:34]

Pernah saya tanyakan pada seorang sahabat "weh..penatkan nak jadi baik :( " Walaupun saya hanya bertanya melalui whatsapp,namun sahabat bagai memahami hati saya sedang berbolak balik dengan sangat dahsyat! Kadang-kala saya soal diri sendiri.Sebenarnya adakah setiap perkara yang saya buat saya buat utk mendapat redha-Nya? Jika ya,kenapa perlu saya mengeluh? NAH ! Benarlah apa yg dikatakan pada hadis 1,semuanya bermula dgn niat.

Dalam kesibukan,kadang-kadang saya kecewa dgn diri sendiri.Dalam study,saya masih perlu lebih beri tumpuan.Memandangkan dah tahun 3.Maknanya lebih kurang setahun lebih lagi saya akan tamatkan pengajian.Adakah saya berjaya hanya diatas kertas,atau saya berjaya mempraktikkan dan menyampaikan ilmu yang saya dapat?! **nangis.Namun adakah perkara yang kita "busy" kan tu perkara yg berfaedah?

"Apa itu urusan? Urusan adalah apa yang kita yakin boleh bentangkan hujah-hujah di hadapan Allah swt."--fatimah syarha

Semoga kita terus meluncur laju mencari Dia.Walau kadangkala kita jatuh dan rebah.Walau kadangkala ada air mata yang mengalir,namun ketahuilah,Dia itu maha melihat.Dia itu maha mendengar setiap monolog hati kita.

Nota hati : Sesungguhnya,menasihat orang lain itu mudah.Namun utk mempraktikkan pada diri sendiri itu payah. **nangis.

No comments: