Tuesday, September 18, 2012

Cuti cuti malaysia tamat !

(2:45)
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

Ahh.susah nya nak menjadi seorang yang sabar.mengeluh tak sudah.tak bersyukur dgn ni3mat Allah.dan kalau nak list kejahilan diri sendiri macam boleh rosak keyboard lappy ! banyak sangat T.T
**tazkirah utk diri dan semua

Alhamdulillah.alhamdulillah.Percutian cuti cuti sem hampir tamat lagi seminggu .Maka nya misi kemas beg bermula.misi menyampaikan amanat terakhir sikit2 pada family bermula.

Cuti kali ni beza lah dari 3bulan lepas.yg lagho tu sikit,.yg manfaat pun sikit.tapi ujian nya melambak maka secara tak langsung diri ditarbiyah dgn ujian sepanjang menjadi rakyat malaysia .yeah !

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 
(Al-Baqarah 2:214)

Maka bila diuji istighfar lah.**ahhh kadang kadang diri sendiri terlupa ! =.="

Penuhi undangan perkahwinan.
Tahun ni musim kahwin bagi student jordan.tapi nak penuhi semua undangan sangat lah tidak mampu.jauh~
sempat pergi hady shams dan zaujahnya and kak tim dan zauj nya..
pergi kenduri hady shams dgn farhana n azuar <3

Perkahwinan mereka memang berbeza dengan perkahwinan ADAT melayu sekarang.I repeat,ADAT !adat kita kahwin itu perlu lah meriah.adat kita kahwin itu perlu lah dihidangkan makanan ikut pangkat.adat kita majlis kahwin biasa lah tu bercampur lelaki dan perempuan semeja.adat kita biasalah tu pengantin berlawa lawa.

Tapi pada perkahwinan mereka,saya tak nampak semua tu.alunan nasyid dipasang.makanan bagi semua orang sama!xde pulak saya makan ikan diorang makan udang galah haha.tempat lelaki dan perempuan diasingkan.sama ada meja atau pun pengambilan makanan.pengantin tak bersolek.hanya bedak dan lip balm.dah cantik kan,buat apa nak solek2.ewah~

balik saya ceritakan pada mak.jawapan mak ringkas "memanglah sepatutnya mcm tu.tapi nanti mesti ramai mengata.NAH !! adat orang melayu lagi suka mengata.balasan saya mudah "mak risau org mengata ke,mak risau kita buat apa yg Allah larang?" yeah ! mak termakan dgn kata2 aku.haha

Jaulah dgn kakak dan adik2.

Aha~ pekataan sopan dy jaulah.perkataan krg sopan holiday.aigo~

sebenarnyelah,mmg balik malaysia most time aku dgn adik2.weekdays lagi lah.aku yg hantar sekolah.aku yg amik.pergi mana2 pun,aku akn pastikan yg hantar amik diorg tu aku.bukan mak sbb mak busy masak..makanya,mission complete!

bila weekend,aku pun dpt idea nak pergi genting memandangkan kakak balik.senanye cuak jugak nak ckp kat ayah nk pergi sbb ayah keje.so aku lah yg drive n mak xnk ikut sbb mak ckp itu tempat budak2 =.=" okey dgn sopan santun aku ckp kat ayah nak pergi genting aha~ayah bagi tapi kene drive slow slow umpama siput sedut **tipu.
budak ain ni kdg2 rasa nak campak dia dlm sungai haha

kalau dah pergi dgn adik2 kan.memang riuhnye ya Allah ! but seronok..

ditarbiyah dgn pelbagai perkara di melaka

Ni lagi satu kerja agak gila jugak.sebab plan nya nak pergi sehari je.balik hari.last2 jadi 3hari 2mlm.tada~
memang lah,dlm sehari sempat kan nk g lendu,river cruise,seoul garden bagai2 tu ~

tidur rumah zahhar nisa.kadang2 bual2 dgn dy ni byk jgk inputnya.walaupun dy jenis degil sikit,**haha tapi dy punya pendapat yg byk..

tragedi kat er....entah ak x ingat nama shopping mall tu..tragedi tu bagaikan Allah nk tunjuk,kalau kau jujur,Allah tlg.pasti !pasti !.

then ke lendu.jumpa sahabat2 yg awesome comel2 belaka.borak2 sikit then terpaksa balik.kononnye nk balik subang lah kan.last2 ke pantai perginya.n tidur lagi sehari.aha~ nampak tak mcm menyusahkan nisa tu -.-
dekat pantai puteri !

anyway utk warga melaka sekalian,entah mcm mana kita boleh kenal.tapi semoga ukhwah ini kekal hingga syurga.moga kita sama2 tarik tgn sesama kita utk ke syurga ! yeah

doa rabitah hati (versi lagu yg selalu nyanyi kat maahad after solat ~)
hati ini telah bersatu,
bersatu diperut bumi-Mu.hati ini telah berpadu,berpadu memikul beban da3wahMu
hati ini telah mengikat setia utk mendaulat utk mendukung syariatMu di alam maya
maka ya Allah eratkanlah IKATAN YANG ADA 

kekalkan kemesraan yg ada tunjuk kan lah jalan yg benar
limpahkanlah dgn cahayaMu tiada malam terangi alam-Mu
hidup suburkanlah dgn syariat-Mu
tapi jika ingin mematikannya
matikanlah sbg syuhada
dlm perjuangan menegakkan agama yg mulia.

Bye malaysia.

aku tahu aku akan rindu rutin kat msia.melayan ain yg byk kerenah.always kacau mak.and semua lah.but jordan perlukan aku.salah.aku perlu ke jordan.semoga semoga tautan ukhwah rabitah hati semuaaaa ni tak terhenti disini !

mak,i will miss you.or,u will miss me ! haha.after this mak dah xde driverrr
maybe ramai yg ckp "mira senanglah.pandai drive.boleh pergi mana2" aigoo~ yes pandai drive tu mmg lah berlambak advantage nye.salah satu sbb lepas spm ,ayah nk semua anak2 dy ade lesen sbb ayah nak kitorg berdikari.kitorg xde adik beradik lelaki.so yg uruskan adik2 ni,kami lah kakak2.and ayah sgt marah dah ade lesen x reti drive haha.mula2 dulu ayah x kisah lah kau terlanggar org ke ape.dah kata baru belajar~

but reti drive bkn lesen utk aku menjadi liar.nauzubillah.setiap kali keluar,aku kene minta izin.bile dah sampai tempat aku nak pergi tu,aku kene hantar ,msg kt mak ayah ckp selamat sampai.aku tak pernah lah balik mlm =.=" pukul 6 aku pastikan aku sampai rumah.

makanya,kadang2,bukan semua org ajak keluar aku boleh keluar.apatah lagi ajak time weekdays.adik2 aku sekolah.serobss~jadi maaflah..T.T

nota hati :Im trying to be a better person.better muslimah .guide me.guide me. T.T


No comments: