Saturday, February 18, 2012

surat untuk muroqib

muroqib ! muroqib ! muroqib !

akhawat x panggil muroqib dikatakan x sayangkan diri
akhawat x panggil muroqib dikatakan x sayang maruah
akhawat x panggil muroqib dianggap berlagak berani dan jaguh.

cuba cakap siapa yang tak sayang diri ?
siapa yang x sayang maruah?
siapa yang sangat berani hingga tak fikirkan kepentingan diri?

tipulah wahai muroqib.
kalau kami tak sayangkan diri.
tipulah kalau kami tak mahu jaga maruah kami hingga titisan darah terakhir.
tipulah kalau kami tak pernah rasa takut dengan orang-orang arab.

boleh bagitahu kami tak apa akan jadi esok hari?
boleh bagitahu kami bila kami akan diragut?
boleh bagitahu kami bila kami akan diraba?
boleh bagitahu kami bila kami akan diganggu????

bukannya kami nak semua tu.
bukannya kami nak rasa keadaan semua tu.
bukannya kami tak berhati-hati.
bukannya kami tak berjaga-jaga.

perkara begitu terjadi bukan atas kesedaran kami.
adakah salah kami?
adakah muroqib suka me-muroqibkan kami dari pagi hingga malam?
ke rumah sahabat lain,ke kedai hatta ke kelas????
itu ke yang muroqib mahu kami buat ?!

bila kami khabarkan ke pihak atasan apa yang berlaku
lantaskan pihak atasan publishkan supaya berhati-hati
mula lah ada yang akan mengatakan
akhawat tak sayang diri
akhawat degil
akhawat keras kepala
akhawat itu dan ini

kami dah cuba.
memanggil muroqib diwaktu yang ditetapkan
pada 9mlm keats dan waktu-waktu yang bahaya.
tapi adakalanya kami terlepas pandang juga.
dan kami merasakan keadaan masih selamat.
dan pada ketika itulah musibah berlaku.
dan pada masa tu,seronok anda menyalahkan kami.
itu dan ini.

muroqib,
jasa anda sangat banyak.
pengorbanan anda entah kami dapat balas atau tidak.
kami sendiri faham.anda terpaksa redah sejuk.
anda tepaksa tangguhkan study.
kasut anda basah kene air hujan
semata-mata untuk menjaga keselamatan kami

muroqib,
terima kasih tak terhingga.
tapi kami sedih.
baca segala komen dan status.
menyatakan kami tak sayangkan diri.
kami suka kena segala musibah tu.

kami tahu muroqib sayangkan kami.
kami juga kasih dan hormat dengan muroqib.
tapi tolonglah.
kami sedih dengan anggapan muroqib pada kami..
kami terasa dengan segala kata-kata yg kasar...



**surat ini telah dibalas oleh seorang syabab
http://kalepena.blogspot.com/2012/02/189-surat-balas.html

11 comments:

Anonymous said...

betul tu...

Anonymous said...

betul tu...

naDhi_islamiC said...

salam maaf akak,
saya faham bagaimana perasaan kita apabila dituduh demikian.

tapi kita juga perlu sedar, kita hanya peminta. kita meminta kpd mereka yg mahu berikan.

perlu sentiasa tak tlepas pandang supaya keselamatan diri kita sendiri tjaga. adapun yg mlenting tak tentu pasal, hiraukan shj.

kita yg myusahkan,
kita yg mbebankan,
sedang mereka tak rugi apa2 pun
jadi xperlu mmandang semua itu sbg masalah.

sy pasti bukan ksemua syabab disini btindak mnuduh jdi kita sama2 blapang dada dgn kerenah sgelintir ini. bila difikir2 bgus juga, tanda mereka cakna dan utk biarkan tuduhan tkena kpd akhowat yg smemangnya tak suka mdptkn murakib.jadi tak perlu kita terasa krn bkn kita yg ditujukan, bkn kita yg tak mahu dptkan ^_^

sy pasti apabila kita minta, inshaallah ada !^_^

Saefullah said...

sabar je. mungkin tindak tanduk setengah menjadikan orang mmndang smua akhwat mcm tu, pdhal tak pun kan.
laki2 ni mmg suka myindir, tp sbnrnya hati sayang. susah jgak syg tak reti tunjuk haha.

ismi bintu farenaa said...

like akk like ^^

HilalAsyraf said...

Ana sanggup je bila2.
Asal akhawat contact.
Setel.

Mior Syabab said...

Kasihan yang di-muroqib...

dayang selasih said...

@Mior syabab - kasihan juga pada muroqib...

@hilal - terima kasih.insyaAllah

@wardatul - :)

@saefullah - yp.mungkin sesetgh.tp cubit peha kiri,peha kanan terasa.apa pun,terima kasih pada para muroqib

@nadhi -yup.btol..kte yg minta.kte yg minta tolong.adakah kita lgsg x fikirkan kebajikan mereka?kdg2 tipulah,ade akhawat yg x rasa bersalah sbb minta dimuroqib.sbb akhawat juga pelajar.muroqib itu juga pelajar.akhawat faham..syabab mana x sygkan akhawat?intabih sungguh dgn keselamatan akhawat.tapi perlu ke berkata kasar?pekataan "akhawat x syg diri" asyik disebut2.cuba memahami.kenapa kdg2 akhawat xnk dimuroqib.dan segala musibah yg terjadi,bkn kehendak kte.akak x melenting.akak rasa akak tulis post ni tenang je :)

senior penyayang said...

pernah berhadapan tak dengan senior kat sekolah asrama yang tiba2 cari pasal? macam itulah perangai syabab yang tengah bosan dan saja cari pasal padahal takde kesan apapun pada diri dia. yang bersungguh sound akhawat tu budak2 baru datang je. tengok senior2 yang dah lama takde pun join perdebatan diorang.

Faiznur Ishak said...

baca post dalam kehangatan bicara AkhWat MuroQeb..

Anonymous said...

kalau Allah dah tetapkan sesuatu perkara, ia akan terjadi jugak. Muroqib ada pun, belum tentu selamat. jgn anggap mcm confirm slmt. bleh jd syirik. sebab tu lah Saidina Umar x bg Khalid al walid pimpin tentera. sebab masa 2, umat islam confirm menang bila khalid pimpin. Kemenangan dtg dr Allah. Apapun jgn letak sepenuh kepercayaan di atas makhluk.