Monday, February 27, 2012

Impak PERTAMA ke-6

bismillah (moga penulisan ni berakhir dgn jayanya.sebab selalu tulis tak habis -.-)

Sebut pasal PERTAMA.siapa tak tahu.nama pun dah gah .Persidangan Tahunan Mahasiswa se-Jordan.disertai oleh 4 mantiqah .irbid ,mafraq , muktah ,amman.Ni tahun kedua saya(er??aku pun boleh ~) tahun pertama di mafraq.tajuk KE ARAH MEMAHAMI FIQH INTERAKSI BERSAMA NON-MUSLIM yg disampaikan oleh bro shah kirit,Lim jooi soon,dr.muhammad abdul hamid
 al-khateeb,najwa bt abdullah dan naseer abdul salam.

dan tahun kedua diirbid,tajuk MEDIA DAN HIBURAN:URGENSI DAN CABARAN SEMASA.Disampaikan oleh Prof madya dr.abu hassan hasbullah,ustaz nazrey johani dan ustz anhar opir.

Secara jujur,saya boleh kata kan PERTAMA tahun lepas masih lagi paling superb pernah saya hadiri.Mungkin faktor tajuk yang best,disamping penyampaian dari ahli panel yg sgt bersemangat dan tidak hanya berdiri di stand(betul ke?) buatkan semua mata2 yg melihat dan telinga yg mendgr semangat mendgr penyampaian.apatah lagi,yg menyampaikan memberikan sesuatu yg baru yang memang orang lain semua x tau .boleh check note ringkas di sini -->.siapa dapat buktikan quran tu kalam Allah? dan islam agama keganasan?

Apatah lagi diakhir sebelum penutup,ada 3org cina mengucap dua kalimah syahadah dihadapan kami.dan kami menjadi saksi.awesome ! subhanallah.

Namun PERTAMA ke-6tahun ni,hebat juga.dari segi persembahan memang rasa nak bagi semua bintang dilangit .apatah lagi,saya menjadi ajk kecil PERTAMA,jadi dengan mata kepala sendiri saya melihat kesusahan kepayahan keukhwahan ketika mereka bertungkus lumus utk memastikan semua pihak berpuas hati dgn PERTAMA tahun ni .Hiasan dewan yang cantik dan jujurnya,dewan kindi tu mmg suram.warna hijau dan coklat.memang x cun langsung.atas ke kreatif-an para ajk PERTAMA,anda lihat sndiri,dewan menjadi sgt awesome ! alhamdulillah.tak sia-sia bayar 15jd


Persembahan dan perasmian mmg superb.saya tak tahu siapa pengarahnya.saya boleh katakan,orang2 kuat dan ajk PERTAMA mmg sgt tabah membuat kerja ! Tahniah !

Diuji dgn blackout saat ustaz nazrey menceritakan ttg ikhlas.dan lampu terpasang semula dgn izin-NYA disaat prof menceritakan ttg kisah kehidupan saiful yg susah ..mmg terkesan ! 

Tentang penyampaian,ada yang bosan.ada yang best .Itu biasa lah ...Tajuk memang dah best.Tapi,saya pasti,keluar je dari penutup PERTAMA,pasti ramai yg dah berkobar2 nak terjun ke medan media selepas ni.Jadi bermakna,mission complete rite ????

saya tak nak menulis semua input dalam PERTAMA ke-6 tu.cuma saya nak sampaikan quote2 yang best yang saya dapat .

"Jangan menjadi ilmuwan buku.Tapi jadilah ilmuwan masyarakat"

"Suara perempuan bukan aurat.didalam al-quran mengatakan ,dilarang melunakkan suara.bukannya dilarang bersuara.tiada masalah bercakap dgn ajnabi.yang jadi masalah bila perempuan mendayu-dayukan suara(baca gedik)."

"Ibadat tak boleh dilakonkan.melainkan penuh.sebab tu,masyarakat malaysia sujud lama di sujud terakhir.sebab dalam tv buat gitu"

"Agamawan pada kurun ke-17,tiada seorang pun membangunkan/menangani filem-filem di malaysia.jadi,bila ada yang buat filem entah apa-apa,mulah lah kita membuat demo.padahal tiada agamawan pun yang nak komen sebelum tu.jadi apa peranan kita sebagai umat islam?hanya pandai mengomen?

"Bila hollywood buat filem,jadikan orang islam sebagai pengganas,kita mula marah.sebab?kita anggap media ni menghina islam.padahal,kita yang tak membangun.buat filem lebih hebat"

"Media satu jentera yg amat penting.kalau anda dpt takluk media,anda dpt takluk dunia"

"Dalam filem hantu bonceng,zizan keluarkan dialog yang sedikit melukakan hati umat islam.persoalannya,skrip itu tidak ditulis oleh agamawan.pengarahnya bukan agamawan.jadi,nak salahkan siapa?"

"Bila para penggiat filem mencari para agamawan,agamawan jauhkan diri.padahal bila ada yang salah,,kita lah yg memekik-mekik.

"kita duk berdakwah.cakap pung pang pung pang,tapi nak buat 1 cerita yang menceritakan ttg islam sendiri tu pun payah"

"ada group mahasiswa jordan bantah tahajud cinta.prof mencabar anda membuat cerita lebih hebat dari tu."

ok dah .yang lain2 boleh tengok dalam buku yg disediakan :) Apa-apa pun,syukran utk semua ahli panel.tanpa anda ,kami tak dapat ilmu-ilmu ni.syukran kathir juga pada para ajk PERTAMA.anda terbaik ~ subhanallah

nota hati:saya ditanya,kalau pun kita terjun ke bidang media,cth kita ditugaskan utk check skrip sesuatu cerita tu,mesti kita rasa nak ubah keseluruhan skrip tu untuk jadikan islamik.

jawapan saya:masyarakat malaysia cepat melatah.mereka tak boleh terima perubahan direct.jadi ubah sikit-sikit..buang adegan2 yg tak perlu dulu.tentang pelakon tak pakai tudung tu,kita biar dulu..sikit demi sikit,kita masuk kan nilai2 islam...sama lah mcm menutup aurat.bukan semua orang boleh berubah dari x pakai tudung,pakai ketat2,terus pakai tudung labuh,pakai stokin,pakai stokin tangan.
wallahu'alam

(untuk peRTAMA ke-6 tak banyak ambil gambar)

4 comments:

Anonymous said...

post kat page pertAMA VI YE..:)

Anonymous said...

yang komen first ni tak salah lah, mesti DANIAL RAZALI!!haha kantoi..

Anonymous said...

hai DANIAL RAZALI.... :P

Danial Razali said...

hai.. saya Danial Razali.. komen diatas bukan sya tulis =)<-ni trandemark saya..hehe