berat nak menulis apa yg dirasai sekarang..sesak,perit,pedih...bagaikan nk luahkan semua perasaan ni.xtau pd siapa.dan akhirnya,ak mengadu pada DIA..
Ini kisah saya...saya x tahu kenapa lately ni rasa lain macam.moga-moga ada yang mendapat ibrah..
Fatrah imtihan.kadang-kadang rasa down.kadang-kadang rasa semangat.Tapi imtihan sem ni,berbeza dengan yang lain-lain.Hati saya mula inginkan pengisian.inginkan tarbiyah.inginkan sesuatu untuk makanan hati dan iman.
"Kita suka ais krim.hari-hari kita makan ais krim.tapi sampai satu masa,kita akan rasa bosan,dan kita berbalik pada air kosong"
Ungkapan ni sama lah macam apa yang terjadi kat saya sekarang.Saya "menolak" tarbiyah.tapi akhirnya saya akan pergi balik pada tarbiyah tu.dalam kata mudah,saya pergi balik pada Allah.
Maksud menolak disini bukan bermaksud saya tak boleh menerima tarbiyah.BUKAN !tapi bila orang tanya,kenapa tak nak join itu dan ini?(mungkin ada yang faham) jawapan saya,sebab itu tak kena dengan jiwa saya.bagi saya,tarbiyah itu perlu kita cari.perjalanan hidup ni pun tarbiyah.
Tapi bila saya muhasabah balik,sampai bila nak mencari ?kenapa susah kan diri mencari padahal ada yang mencari saya untuk mentarbiyahkan diri saya.tapi alasan saya,tarbiyah boleh dapat dari kehidupan.Tapi cukup ke?berapa banyak tarbiyah kehidupan tu yang kita dapat dalam seminggu?sebulan?kalau hari-hari kita buat bende lagho,mana tarbiyahnya?
Saya mula terfikir,saya study di jordan untuk apa?adakah belajar silibus universiti semata?Saya jelez dengan sahabat yang punya bulatan gembira.mereka berkongsi ibrah hidup masing-masing.tiap bait kata,ada isinya yang boleh diambil.Tidak cukup lagi ke saya menjadi sangat jahiliyah dizaman sekolah dulu.5thn sebagai seorang pelajar sekolah agama,tapi masa berada dalam posisi jahiliyah,tidak malukah dengan tuhan?!*monolog dalaman.
Terus terang saya katakan,dahulu masih ada rasa keduniaan dalam hati saya.mungkin sebab tu,saya punya banyak alasan untuk mengubah diri saya menjadi lebih baik..saya takut hilang itu dan ini.saya takut x boleh buat itu dan ini.ya Allah,apa sangat lah dunia ni kalau nak dibandingkan dengan kemanisan hidup diakhirat sana...Jika kita mencari akhirat,kita akan rasa manisnya keimanan..Saya nak rasa tu.saya nak rasa perasaan tu.
![]() |
| Don’t compare your life to others’. You have no idea what their JOURNEY is all about. |
Hari ni,Allah temukan saya dengan seseorang.dia biasa-biasa.tapi punya rabitah hati dengan saya yang luar biasa.saya terkesan dengan kata-kata dia.saya mula bergerak utk menjadi yang lebih baik.saya mula merisik-risik tentang halaqah-halaqah yang boleh saya sertai..Tapi kebimbangan saya adalah,saya nak kan pengisian tu,saya nak berada dalam halaqah senyuman tu,saya nak ditarbiyah tapi..adakah satu hari nanti,saya perlu memberi sepenuh komitmen dan membuat apa-apa perjanjian? saya cuma nak berada dalam halaqah tu.saya nak berdiri sama berjuang dengan kawan-kawan yang lain.yang nak faham islam.yang nak rasa indahnya islam tanpa rasa dipaksa atau terpaksa.
Kalau sanggup berkorban kerana manusia, kenapa tidak sanggup berkorban kerana Allah.? Pasti ganjarannya lebih lumayan.
Lantas,kawan saya meng-syor kan..kalau tak nak berada dalam halaqoh kami pun,saya boleh pergi pada mereka-mereka yang punya halaqah ni,jumpa,dan duduk bersama mereka.insyaAllah akan dapat sesuatu yang bermanfaat.tapi...cukup ke....?
Nanti-nanti lah berubah, sekarang muda lagi" hanyalah kata-kata yang dipinjamkan oleh syaitan supaya kita diheret sama oleh mereka ke neraka Allah. Sedarlah, hidup di dunia sangat SINGKAT waktunya. Usia muda tidak bermakna ajal juga masih jauh duduknya. Tidak nampakkah kita dengan bukti-bukti yang telah Allah tunjukkan? Nauzubillah.
Moga Allah permudahkan jalan ni.moga Allah x tarik balik perasaan ni.moga Allah terus menyediakan kawan-kawan yang terus memberikan pengisian.. Moga hati tidak alpa dengan keduniaan.Moga ujian x merobohkan iman ...Ameen ya rabb..

2 comments:
alhamdulillah miraaa.. ='''))
patutlaa tergerak aty nak bace post ni..
duduk laa bulatan gembira mane2 un aslkan hati kite sntiase terisi dgn islam..
post ni buat ak tersedar y ak ni dah duduk dkt bulatan gembira un kdg2 masih down..
kalo lari dr bulatan itu lg laa..
teus majukan diri demi ISLAM insyaallah...
Sentuhan tarbiyah itu,Allah sangat halus merencanakan daripada siapakah kita akan peroleh
Membacakan ini,kadang2 rasa terkilan dalam diri sendiri,kenapa bukan ana yang menyentuh enti,maafkan kita mira
Membacakan ini,selamat datang ke dalam Dakwah dan Tarbiyah
obseslah pada syurga,tiada paksaan dalama agama,cumanya syurga itu terlalu mahal
Maka terkadang,kita perlu berkorban jiwa,harta masa dan tenaga untuk menggapainya
Taubah:111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. [Itu telah menjadi] janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya [selain] daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
semoga Allah kekalkan rasa itu :)
Post a Comment