Friday, December 23, 2011

Siapa Hilal Asyraf bg saya?

Jatuh cinta

serius ak jatuh cinta dgn Hilal Asyraf

(kenyataan berani mati?)

Yes! ak jatuh cinta dgn tulisan2 dy .ak jatuh cinta dgn sikap dy yg lebih kepada cuba meltkkan diri ketmpt org itu sblm nk judge ape2.Ak jatuh cinta dgn sikap dy yg cool,yg byk memerhati dari mengomen.sesudah habis memerhati ,baru lah dy memberi pandangan.Cool bkn?

Be honest,ak bkn lah seorg yg mengikuti penulisan blog dy.kelembapan internet kat umh buatkan ak malas nk bkk2 blog org.But ak suke gile baca post2 dy kat fb.I repeat,SUKE GILE!

Dy masih boleh menjd pemerhati saat org berdebat ttg isu itu dan ini.habis berdebat,dy akn mula bersuara.dy x minta org terima pendptnye.dan dy menegur secara baik.and ak tgk,ramai org bole terima.Cool bkn?

Kami sama universiti.pergi balik kuliah sejak sem lps,mmg ak akn terserempak dgn dy.Pernah terdgr,dy borak2 dgn kwn2 dy bhskan diri dy 'ana'..cool bkn?

Tahun ni,tahun terakhir dy.then dy akan grad~ Ak xdpt tandatangan dy lagi(er?) But else,ak beruntung,mengenali dy,walaupun hanya sebagai kawan se-universiti.

Ak nk jd mcm dy.cuba memahami situasi org lain sebelum menghukum.
Ak nk jd mcm dy.cuba masuk kedlm hati2 org lain dgn cara yg cool.
Ak cuba nk menjd seperti dy,konsep nya sgt cool


Ada orang berperanan menjadi yang 'syadid' di dunia ini.
Pandangannya semuanya keras. Yang tidak terus dikatakan tidak. Yang haram terus dikatakan haram.
"Biar orang terluka, asal terselamat dari neraka." Itu konsepnya.

Orang sebegitu memang patut wujud.
Tetapi saya tidak memilih untuk memegang peranan itu.

Biarlah pandangan saya adalah yang sederhana. Yang tidak bukan terus dikatakan tidak. Yang masih boleh dikatakan boleh, bersama diberitahukan batas-batasnya. Bila berkata perkara yang haram, ditunjukkan alternatif halalnya.
"Biar orang umum senang dengan Islam, dengan melihat keluasannya." Itu konsep saya.

Tak lama lagi,Hilal akan kahwin.Kalau video dena tu org ckp sweet.bg sy,kata2 hilal ini juga lebih sweet..
Hari itu hari gembira+hari sedih.
Gembira, sebab perempuan yang kita cintai, terima kita.
Sedih, sebab mudir(pengetua) yang kita cintai, meninggalkan kita daripada dunia. Tapi tak mengapalah, sekurang-kurangnya mudir saya itu(Ustaz Dahlan Mohd Zain) merestui hubungan saya dengan wanita pilihan saya ini. ^^

Saya untung sebab tunang saya jenis low profile. Tak bagi saya itu dan ini. Dia banyak tegur saya sebab dia kata saya high profile sangat. Dia adalah salah satu punca kenapa saya stop kongsi hal peribadi di LangitIlahi. ^^

Dia tak mahu kahwin awal sangat(dia kata ada beza awal, dengan awal sangat), so dia tak bagi saya buat apa-apa yang sweet pada dia, sebab takut terbuka hati untuk kahwin awal sangat. Haha. ^^

Makanya, saya lebih rapat dengan Ibu, Ayah, Abang, Adik dia berbanding dengan dia. Tapi alhamdulillah, saya lebih bahagia begitu. Lebih selesa begitu.

Hubungan kami ini ada sahaja turun dan naiknya. Tetapi alhamdulillah, begitulah pertunangan. Fatrah untuk berta'aruf, berkenalan. Banyak misscommunication sebab semuanya atas tulisan sahaja. Jarang-jarang pula tu. Lebih indah, bila dapat banyak nasihat daripada Ummi Abah, Ibu Ayah. Bertambah pengalaman. Bertambah kematangan.

InsyaAllah, hari kami semakin hampir.
Moga Allah kekalkan, lancarkan, dan sempurnakan.
Doa-doakan kami okay?

^^
Moga dipermudahkan segala urusan wahai senior :)) InsyaAllah ila jannah..

2 comments:

Hilal Asyraf said...

Saya sangat tak layak untuk dicintai ^__^

Mari sama-sama cinta Allah! :-)

Unknown said...

waaa...betul2 pendapat hilal sgt bersederhana..sy pun sgt suke die..heheh