Thursday, November 24, 2011

Awak..dy tgglkan awk ke..?

Assalamualaikum..

jarang sgt nk tulis pasal perasaan2 ni..tp hal ni mmg x lari dari remaja .se 'warak' atau se 'alim' mana pun anda,jgn tipu if anda xde masalah hati .tersuke dy,terminat dy ..

Ramai .sgt ramai yg putus cinta,putus tunang,,dipermainkan .x kiralah yg bermasalah lelaki atau perempuan .Awak... sy pun mcm awk ..sy pun pena alami .. x pecaya ? sbb sy bdk belajar usul fiqh jd awk rasa sy xpena alami sume ni ? Awk.. sy pun mcm awk.hati sy pun lembut mcm awk..sbb kite sama2 pmpuan..

Awak..awak sedih ke bile dy tgglkan awk ?msty awk menangis kan ? msty awk rasa sgt susah nk lupe kan.btol kan ?Awk jgn tipu .sy sndiri pena ade kt tmpt awk..Namun, ingatlah bahawa percintaan itu tidak membawa pape kebaikan jika diteruskan. Kerana masih banyak tanggungjawab lain yang perlu difikirkan.

Awk,wajar ke awk amek jln membenci?Awk..x slh membenci lelaki yg menzalimi kte .Namun, kebencian tu tak boleh melampau. Jangan sampai kita beranggapan semua LELAKI adalah jahat. Kita tidak boleh beranggapan semua lelaki yang pernah berbuat silap itu, akan kekal selamanya begitu. Sebab, kita juga manusia biasa dan akan berbuat silap. Maka kita perlu menyimpan sangka baik, moga2 lelaki tu akn bertaubat dan insaf.

Cuba awk pujuk diri,adakah yg jd ni,satu musibah atau rahmat ?Awak... sy baca satu artikel ni ..dari dr.cinta..bez sgt .. nk tau ?

kawan2 rindukan senyuman awk ..let smile :))


PUTUS CINTA ; MUSIBAH ATAU RAHMAT?

Pernahkah awk terfikir, apakah perasaan ibu awk jika dia tahu awk sedang mencintai lelaki asing sehingga menangis teresak-esak? Dan sekarang, adakah ibu awk akan gembira jika awk dapat memberikan sepenuh perhatian kepada pengajian tanpa memikirkan soal percintaan?

Cuba bayangkan pula, bagaimanakah perasaan rasulullah SAW apabila ada umatnya yang sedang menghafaz al-Quran sibuk berkapel sehingga menangis ketika putus cinta? Bagaimana perasaan baginda rasulullah apabila melihat seorang dara bercinta dan bermain dosa2 atau zina hati, sedangkan dia menghafaz al-Quran. Adakah rasulullah SAW akan gembira dengan percintaan itu?

Adakah mungkin Allah dan malaikatnya akan mengatakan “Tirulah pelajar itu, sebab dia bercouple dengan lelaki ajnabi. Dia sedang membuat dosa2 kecil dan mengotori hatinya” Bahkan Allah juga mencela perbuatan itu.

Betul tak?

Sekarang? Bagaimana? Apabila hubungan ini telah terputus...tiadalah lagi dosa2 kecil dan zina hati akan berlaku. Maka ini bererti, awk akan dapat mensucikan hati dari perhubungan yang membawa dosa2 kecil. Terputusnya hubungan ini bererti...terputusnya pintu2 dosa. Adakah ini sepatutnya menjadi satu kesyukuran?

Betul... ramai orang anggap putus cinta satu kegagalan. Sebenarnya, putus cinta semasa berkapel adalah satu rahmat. Kerana awk akan mampu bermuhasabah diri dan menumpukan perhatian pada pengajian. Dalam masa yang sama, dapat bertaqarrub iaitu mendekatkan diri kepada Allah.

BETULKAN NIAT DAN SYARIAT

Sebagai seorang hamba yang taat, sepatutnya kita menjadikan diri kita sebagai manusia yang mengikuti syariat. Kita patuh menjaga yang wajib, rajin melakukan yang sunat dan menjauhi pintu2 dosa. Dengan hilangnya hubungan couple, sy percaya hati kita akan banyak berubah.

Cuba lihat masa kita bercinta dan berkapel. Hati kita pasti banyak berangan dan khayal. Asyik duk fikirkan nak berhubung sahaja. Ini adalah zina hati. Sedangkan masa itu, Quran malas nak murajaah, sembahyang sunat malas nak buat, sembahyang fardhu pun asyik2 lewat sahaja. Pergi ke surau sebab terpaksa. Belajarpun bukan kerana nak ilmu, tetapi sebab nak orang puji dan dapat perhatian. Biar kekasih kita puji. Bukan kerana mencari keredhaan Allah.

Jadi, sekarang kekasih dah pergi. Inilah masanya nak perbaiki diri. Betulkan niat dan syariat kerana Allah. Persiapkan diri untuk menjadi muslimah yang baik. Bina karekter yang telus dan tulus. Jadi muslimah yang cemerlang dan seorang hamba yang solehah. Agar esok2, jika bertemu lagi dengan si dia yang terpisah...kita dapat bertemu dalam keadaan diri sudah benar2 MANTAP.

MASA DEPAN MILIK ALLAH

Berkaitan dengan kekasih awk tu...sebolehnya...biarkan yang pergi itu pergi. Jangan ditangisi. Kalau mahu diingat dan dikenang itu, apa boleh buat. Sebab ingatan tidak boleh dilupuskan begitu sahaja. Cuma, pastikan enti bertawakkal kepada Allah dan berdoa. Jangan ditangisi atau merasa kecewa dengan hal itu.

Ingat, perpisahan ini adalah satu rahmat. Barangkali, suatu masa nanti akan bertemu juga. Dunia ini bukanlah besar sangat. Esok2 nanti selepas tamat belajar akan ketemu juga. Oleh itu, bersabarlah dulu. Berdoa dan meminta kepada Allah agar ditentukan jodoh dengannya. Atau ditentukan jodoh dengan orang yang sesuai dengan kita. Doakan agar hubungan ini berhenti dahulu dan bersambung selepas tamat belajar.

Berdoa yea, selebihnya fokus pada pengajian dan biarkan soal perhubungan itu berlaku selepas tamat pengajian. Insya allah, ada kebaikan dunia dan akhirat.



Bez kan awk ..??be honest,sgt x layak nk nasihatkan awk dlm hal ni .sy pun bkn perfect .... Kalau syg kan seorg lelaki,msty kte rasa nk jd the perfect women utk dy kan ? so jom jd the perfect women dulu .baru mencari :) Yg lps tu jdkan history hidup .. People can change ..Itu kenyataan.


Nota hati : ~Single untill married~


No comments: