Assalamualaikum.
okey ak x suke cara nk post sumting thru blog ni .dy da berubah .jd kaler oren.makin payah plak.kalau jd kaler pink,mmg hari2 ak post la.ngahaha.
post yg ak nk buat ni ak rasa da bertangguh nk dkt 3bulan =.= mintak maap .bnde2 bermanfaat la yg ak tangguh2kan.sila lah jgn ikut perangai teruk nih T.T
as we know(eceyh,ckp omputih~) Rasulullah S.A.W mempunyai isteri yg ramai . and hal ni menjd masalah plak utk org kafir konon ckp rasulullah ni zalim lah kan.tak cukup sorg pmpuan . beb ! kaji dulu beb !
pastu utk lelaki2 yg bajet2 nk poligami tu ,sure gne ayt ni 'Rasulullah pun kawen ramai.itu kan sunnah ' hamboi ~ tang kawen je,baru mulut tu sebut sunnah .tang makan,tang perilaku,tang kau hisap rokok tu ? sbb sunnah jugak ke ? ( aiyokk.nmpk sgt ak xsuke poligami) okey2.bkn x suke . tapi kalau lelaki tu dpt jalani tggjwb mcm rasulullah ni,dpt syg isteri2 dy,dpt settle masalah mcm rasulullah ni,mampu,silalh kawen seramai mana :) tp jgn la cari anak dara je.hamboi..
insyaAllah aku cerita kan bout sume isteri2 nabi . tapi satu2 lah kan . sbb aku tau ,kang pepjg,korg konfem terus shut down blog ni . moga bermanfaat :) memula ak cite pasal khadijah dlu . ngn khadijah ni mmg xde konflik lah .mcm yg kte tau,Rasulullah sgt syg khadijah . smpykan bile khadijah meninggal,baru rasulullah kahwin dgn isteri yg lain .
NAMA ISTERI :
Khadijah Al-Khuwailid
SEBAB PERNIKAHAN
-Rasulullah menerima Khadijah kerana akhlak dan agama.
-Akhlak Khadijah mulia.
-Agamanya fitrah lantaran sebelum Islam, dia sudah bencikan berhala secara fitrah sihat, sebagaimana Rasulullah. Sepupunya Waraqah bin Naufal seorang ahli kitab yang jujur.
-Rasulullah juga dapat melindungi janda yang kematian suami.
HIKMAH PERNIKAHAN
-Rasulullah tidak pernah menduakan isteri pertama ketika hayatnya.
-Malah tidak mengambil hamba ketika hidup bersama Khadijah.
-Khadijah r.ha. seorang isteri yang telah menunaikan segala kewajipannya.
-Beliau mampu memberikan baginda keturunan.
-Bersama baginda saat susah mahupun senang, ketika baginda diancam dan dipinggirkan.
-Bukankah baginda menunjukkan contoh tidak menduakan isteri yang memiliki semua kualiti ini?
-Rasulullah SAW tidak berpoligami pada saat anak-anak Baginda masih memerlukan perhatian dan didikan seorang ayah.
-Baginda berpoligami saat anak-anak Baginda sudah besar dan mampu berdikari[2].
-Rasulullah bermonogami selama 25 tahun.
-Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.
-Keluarga Rasulullah tidak mengalami konflik yang berat ketika berada dalam suasana monogomi.
-Anak-anak baginda membesar dalam suasana ini. Sebaliknya sering tercetus konflik rumah tangga dalam suasana poligami.
-Rasulullah SAW tidak pernah marahkan isteri ketika hanya mempunyai seorang isteri.
-Sebaliknya sering teruji dengan tindakan-tindakan isteri yang lahir kerana cemburu dalam alam poligami hinggakan baginda pernah marahkan mereka dalam tempoh masa yang agak lama.
KONFLIK RUMAH TANGGA
Hampir tiada
TAHUN DAN TEMPOH PERNIKAHAN
595M
25tahun
'kite cukup kenal artis2 ,dgn siapa dy kawen,dy tu siapa n bla2. tapi kite da cukup kenal ke dgn rasulullah yg akn bg syafaat pd kte kelak ?' kata2 terus shot atas dahi aku ! JOM KENAL RASULULLAH !
insyaAllah post yg lain akn ceritakan bout isteri nabi yg lain pula.smpy part aisyah nnty ,msty lebih menarik :)
nota hati :Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya... masih belum solehah T.T



No comments:
Post a Comment