Friday, May 27, 2011

berminat utk berceloteh sebagai seorg peguam syar'ie?

khas utk pelajar fiqh wa usluhu di jordan


Melihat kepada perkembangan Ilmu Fiqh dari semasa ke semasa, Dunia Guaman Syarie melihat, graduan timur tengah khususnya Jordan merupakan asset bernilai dalam menterjemahkan Islam sebagai agama yang lengkap meliputi segala aspek.



Buat julung-julung kalinya, Program Tajaan Biasiswa DSLP diperkenalkan dengan kerjasama Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang berkonsepkan situasi menang-menang (win-win situation) dalam pada masa yang sama, menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan timur tengah apabila pulang ke tanah air serta bertujuan melahirkan pelatih dalam kamar yang terbaik dan bakal-bakal Peguam Syarie yang dapat berkhidmat sebaik mungkin dan bermanfaat kepada masyarakat disamping melatih pelajar-pelajar ini menjadi pemimpin pada masa akan datang.

APA ITU DIPLOMA SHARI’AH LAW PRACTICE?

Diploma Shariah Law Practice merupakan salah satu program yang ditawarkan dibawah program professional yang dikhususkan bagi sesiapa yang berminat dan berhajat menjadi Peguam Syarie.

Syarat kelayalan bagi calon yang hendak memohon adalah calon memiliki LL.B (Hons) atau LL.B (S) atau B.A(S) atau apa-apa kelayakan yang diiktifraf oleh kuliyyah.



Tempoh masa kursus DSLP berlangsung:



} Jangka Masa : 1 Tahun ( Separuh masa)

} Jadual kelas : 8.30 am – 2.00 pm (Sabtu)

} Medium : Bahasa Melayu



Subjek pembelajaran mengikut semester:



Semester 1 -

} 1) Sistem Perundangan Islam

} 2) Pengenalan Kepada Undang-undang Perlembagaan

} 3) Instrumen Perancangan Harta Islam & Pentadbiran Pesaka

} 4) Undang-undang Jenayah Islam

Semester 2 –

} 1) Undang-undang Keterangan Islam I

} 2) Undang-undang Prosedur Mal Islam

} 3) Undang-undang Keluarga Islam I

} 4) Kemahiran Perundingan dan Penghujahan



Semester 3 –

} 1) Undang-undang Keterangan Islam II

} 2) Undang-undang Prosedur Jenayah Islam

} 3) Undang-undang Keluarga Islam II

} 4) Etika



Objektif program DSLP



} Untuk mendedahkan pelajar akan kepelbagaian subjek yang akan meningkatkan kefahaman Undang-undang Syariah.

} Untuk memastikan setiap pelajar lepasan program ini mempunyai daya saing yang tinggi dan profesional dalam membawa tugas masing-masing.

} Untuk melatih setiap pelajar dengan keupayaan untuk berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan kes-kes anak guam.

1. PENDAHULUAN



1.0 Mahasiswa Malaysia di Jordan dianggarkan berjumlah lebih kurang 1800 orang mengikuti pelbagai kursus seperti Perubatan, Bahasa Arab dan Syariah. Mahasiswa Syariah pula terbahagi kepada beberapa kategori yang mana hanya mahasiswa Fiqh wa Usuluhu sahaja yang layak diiktiraf sebagai orang berkelayakan untuk diterima masuk sebagai Peguam Syarie.



1.1 Rata-rata peluang pelajar Fiqh wa Usuluhu ini agak rendah untuk beramal sebagai Peguam Syarie kerana mereka tidak didedahkan dari awal tentang sistem perundangan negara berbanding dengan mahasiswa syariah lulusan universiti tempatan.



1.2 Natijah daripada ini ramai mahasiswa lepasan Jordan memilih profesion lain setelah tamat ijazah seperti guru, bekerja sendiri dan lain-lain lagi.



1.3 Memandangkan mahasiswa Jordan adalah dari kalangan yang terpilih adalah menjadi suatu pembaziran dari sudut guna tenaga jika mahasiswa ini tidak dialirkan ke jurusan yang bersesuaian dengan latarbelakang pendidikan mereka.



2. PROGRAM



2.1 Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa Fiqh wa Usuluhu dari Jordan untuk beramal sebagai Peguam Syarie di Malaysia.



2.2 Kerjasama dengan bakal bakal majikan akan dibuat bagi memastikan mahasiswa-mahasiswa ini akan diserap ke dalam sektor perundangan Syariah oleh majikan-majikan dan mereka dilengkapi dengan kelayakan serta ilmu-ilmu perundangan Syariah di Malaysia.



2.3 Mahasiswa dan majikan akan bekerjasama menegakkan serta memartabatkan perundangan Syariah dari masa ke semasa.



2.4 Calon tidak akan dibayar sebarang elaun semasa calon menyempurnakan ijazah pertama.



2.5 Calon akan dibayar elaun semasa mula bekerja sebagai pelatih dalam kamar oleh majikan mengikut persetujuan bersama.



2.6 Calon akan dibayar gaji yang ditetapkan oleh majikan setelah calon diterima masuk sebagai Peguam Syarie dan mengendalikan kes kes Syariah.



2.7 Calon perlu mematuhi peraturan semasa firma majikan.



3. PARTISIPASI FIRMA GUAMAN



3.1 Setakat ini beberapa firma guaman telahpun menyatakan secara lisan persetujuan untuk menyertai program ini. Dijangkakan beberapa firma lain juga akan menyertai program ini selepas ini.

Firma-Firma tersebut ialah:



a) Tetuan Azra & Associates, Kelana Jaya



b) Tetuan Nai Ramli & Co, Wangsa Maju



c) Tetuan Hazirah & Co, Kuala Lumpur



d) Tetuan Radzuan Ibrahim & Co, Ampang



e) Tetuan Ram Reza & Co, Kuala Lumpur



f) Tetuan Amli & Co, Kuala Lumpur



g) Tetuan Muhamad & Co, Taman Desa



h) Tetuan Mohd Isa & Associates, Kajang



i) Tetuan Razak Muhidin & Associates, Bangi



j) Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir, Subang Jaya





4. CARTA ALIRAN



1. MAHASISWA MENGISI BORANG PERMOHONAN



2. MAJIKAN MENGISI BORANG PENYERTAAN DAN MENYATAKAN CIRI-CIRI CALON YANG DIKEHENDAKI



3. SESI PENYESUAIAN DAN SENARAIPENDEK DILAKUKAN



4. CALON YANG DISENARAIPENDEK DITEMUDUGA



5. PEMAKLUMAN KEPUTUSAN TEMUDUGA OLEH MAJIKAN



6. CALON MENYEMPURNAKAN PENGAJIAN DI JORDAN DAN PULANG KE MALAYSIA



7. CALON DAN MAJIKAN MENANDATANGANI PERJANJIAN



8. CALON MENDAFTAR DIRI DENGAN MAJIKAN.



9. CALON MENDAFTAR DIRI PENGAJIAN DIPLOMA LANJUTAN SYARIAH DAN AMALAN.



10. MAJIKAN MENANGGUNG ATAU MEMBERI PENDAHULUAN AL QARDU AL HASSAN KEPADA CALON UNTUK (yuran) PENGAJIAN.



11. CALON MENAMATKAN PENGAJIAN DIPLOMA LANJUTAN.



12. CALON MEMOHON DAN DITERIMA MASUK SEBAGAI PEGUAM SYARIE.





13. CALON BEKERJA UNTUK TEMPOH TERTENTU SEBAGAI PEGUAM SYARIE DI FIRMA MAJIKAN.



5. SYARAT-SYARAT



5.1 Mahasiswa di Universiti yang diiktiraf yang sedang dalam pengajian Fiqh wa Usuluhu atau kursus lain yang layak diterima masuk sebagai Peguam Syarie.



5.2 Tidak terikat dengan bon pekerjaan dengan mana-mana agensi setelah tamat pengajian.



5.3 Berminat menjadi Peguam Syarie.



5.4 Berkemahiran berbahasa Melayu dan Arab.



5.5 Berkemahiran membaca kitab-kitab thurath dan muasarah.



5.6 Mempunyai kemahiran yang tinggi di dalam Jurisprudens (perundangan) Islam, Ahwal al Syahksiah, Usul Murafaah dan cabang-cabang perundangan Islam lain seperti Muamalat dan Jinayat.


psst . aku berminat. tapi kene buat esei in bi n b.arab 250patah perkataan. berani?haha

No comments: