In every man,there is a child
Pernah dengar tak ayat kat atas?Saya dapat ayat ni daripada seorang teman
Bagi saya,maksudnya kita tak boleh anggap seseorang lelaki tu 100% matang sebab kadang-kadang mereka ada juga sifat kebudak-budakan lagi-lagi apabila dengan orang tersayang,dengan yang sepatutnya ek :)
Kata seorang teman blogger yang lain,
Matang itu pudar bila bertemu insan-insan tersayang.Kita kembali keanak-anakan. Cubalah berapa lapis topeng kematangan yang kau pakai, tak termampu menyelindung sifat manja itu. Jadi, aku simpulkan matang itu bukan tertakluk pada sifir rasional semata. Matang itu pelbagai. Sesiapa tiada hak utk label anda sebagai tidak matang.Setiap tindak-tanduk ada sebab. Setiap sebab diterima akal tidak boleh diperlekehkan
Bukan saya nak membeza-bezakan antara lelaki dan perempuan tapi rasanya sifat kebudak-budakan atau manja adalah sesuatu yang agak sinonim dengan wanita.Lelaki ada ego yang lebih tinggi dan saya saja je nak cakap perkara ni.hoho.Ok,ada orang tak nak terima kenyataan di atas.Bertenang,jangan cepat melatah.Kita sepatutnya meraikan pendapat orang lain barulah bahagia,aman sentosa..
Lelaki dan wanita sangat berbeza.Wanita ada 9 nafsu (emosi),1 akal.Lelaki ada 9 akal,1 nafsu.Kita serupa tapi tak sama.Jangan anggap kami sekuat Adam.
OK,sekian.
P/s:sila abaikan kalau anda rasa macam entah pape.Exam.



No comments:
Post a Comment