Thursday, March 17, 2011

GEMPA DI JEPUN?kte terus muhasabah atau kte terus mengutuk jepun?

Jangan risau.
Semuanya masih selamat.
Bukti Tuhan masih sayangkan kita.
Anggaplah ianya sebagai trailer atau teaser sebelum ‘tayangan’ Hari Sebenar?
Tapi sayangnya kita masih lagi melambatkan tiang agama.

Aku, bukan kamu
Gempa yang melanda Jumaat lepas hanya merosakkan wilayah Tohoku (Sendai) dan merebak ke kawasan Kantou (Tokyo). Wilayah lain seperti Hokkaido, Chubu (Nagoya), Kansai (Osaka) kurang mendapat impak. Jadi jika ada kenalan di kawasan bawah Tokyo, jangan risau semuanya masih selamat dan menjalani kehidupan normal.


Walaupun berlaku letupan pada reaktor nuklear, kebocoran radiasi masih di tahap rendah dan terkawal. Of course, pihak pengurusan reaktor tenaga akan melakukan apa saja untuk memastikan bahan radiasi tidak tersebar. They are prepared for it. Cara media menggambarkan kebocoran nuklear itu seperti sudah berlaku penyebaran radiasi tahap tinggi membuatkan mak bapak di Malaysia tak senang duduk.


Semuanya masih terkawal. Semua patut bertenang dan memberi sokongan pada Jepun. Bila mereka senang lenang kita datang bertandang, tapi bila mereka di undang malang boleh lah pulak kita fikir nak cabut pulang. Tahukah anda setiap yen dalam Rancangan Pandang ke Timur itu ialah sumbangan dari kerajaan Jepun?


Ada pulak yang boleh kritik
“Ini bala untuk orang Jepun yang cuba melawan kuasa Tuhan dengan teknologi”
“Sebijak mana pun teknologi orang Jepun, takkan boleh melawan kuasa Tuhan”


Wahh..wahh berseloroh kau kutuk orang Jepun dengan menggunakan nama Tuhan. Kau yang tahu ada Tuhan tapi berapa kali kau mengadap Tuhan? Berapa kali kau langgar larangan Tuhan? Berapa kali kau minta ampun pada Tuhan?


Bangunan diorang dah dilengkapi dengan teknologi anti-gempa still teguh berdiri, tapi Malaysia yang dah takde gempa pun stadium dah runtuh, parlimen berapa kali bocor, hospital takde Sijil Layak Duduk. Amacam?

Walaupun berlaku bencana. Mereka sudah bersedia. Tenang dan still boleh beratur.
Tiada laporan kecurian!

Ingat lagi peristiwa syiling berterabur di N.Sembilan ?
Atau yang lebih kejam, pemandu lori yang kemalangan dibiarkan dan orang ramai sibuk mengaut beras di tepi jalan?



Malaysia, bila boleh berubah?
Belajarlah dari bangsa yang tiada Tuhan ini.
Kalau Allah nak turunkan bala,kat mana-mana pun boleh.Koranga nak cakap bala dekat jepun sebab banyak maksiat?tak payah la.tengok negara kita sendiri.bersyukurlah anda sempat diberi peringatan..

mode:peringatan buat diri.

1 comment:

Adinda said...

bile bace entry ko yg ni buat aku sebakk sangat.. :')