Sepertimana yang kita tahu, semalam Kerajaan BN telah mula menghantar bantuan kepada mereka. Baik makanan atau pengangkutan untuk mereka pulang.
Untuk mengangkut mereka pulang bukan kerja yang senang kerana jumlahnya terlalu ramai dan ditambah pula dengan keadaan trafik udara yang sendat di Cairo sekarang.
Sekiranya 11,300 orang itu semuanya mahu diangkut pulang ke Malaysia, maka kita memerlukan 28 buah pesawat Boeing 747 yang boleh memuatkan lebih kurang 400 penumpang untuk satu penerbangan.
Itu jika kita guna B747, kalau gunakan Airbus selain dari A380 maka jumlahnya penumpang kurang dari 400 orang lagi untuk satu-satu penerbangan.
Dalam situasi sekarang mana kita nak cari pesawat sebanyak itu untuk mengangkut mereka pulang ?
Kalau semua pesawat MAS dan Air Asia hendak digunakan untuk misi tersebut maka habislah jadual penerbangan di negara kita jadi kucar-kacir kerana tidak cukup pesawat.
Dari segi kos pula, ianya bukan kecik anak punya kos. Pesawat terpaksa pergi kosong dari KLIA ke Cairo yang memakan masa 9-10 jam kemudian ambil mereka dan balik ke KLIA pula, makan masa yang sama juga.
Majoriti pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Mesir adalah penyokong-penyokong Pas. Disana boleh dikatakan kilang untuk melahirkan pemimpin-pemimpin Pas.
Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada Kerajaan BN , jika hendak hantar pesawat untuk angkut mereka pulang, pastikan beri keutamaan kepada pelajar-pelajar yang menyokong Umno dan BN terlebih dahulu. Jangan pedulikan mereka-mereka yang menyokong Pas. Biarkan mereka melalak-lalak, utamakan orang kita terlebih dahulu.
Orang-orang seperti mereka tidak perlu diutamakan untuk diberi pertolongan. Waktu mereka susah baru mereka ingat nak minta tolong kerajaan. Waktu senang merekalah yang menjadi barua-barua menghentam kerajaan.
Selama ini mereka-merekalah yang sering menghentam Kerajaan BN kononnya zalim, rasuah dan sebagainya sedangkan dalam masa yang sama mereka menikmati pelbagai kemudahan untuk pergi belajar disana.
Kerajaan tolong pun mereka tetap kata kita zalim. Sekarang adalah lebih baik kerajaan jangan tolong. Biar kerajaan jadi benar-benar zalim kerana apa yang kerajaan buat baik selama ini pun mereka tak hargai.
Beri keutamaan kepada orang-orang kita terlebih dahulu sebagai menghargai sumbangan mereka selama ini. Jangan sesekali susukan kera di hutan.
Bila susah baru ingat kerajaan. Pergilah minta bantuan dengan KERAjaan Kelantan. Minta Nik Aziz sewa pesawat dari mana-mana negara untuk angkut kamu semua pulang. Jangan nak menyibuk minta bantuan Kerajaan BN.
Semalam saya juga diajak oleh Datuk Azeez untuk ke Cairo bagi membantu apa yang patut,tetapi saya tak dapat mengikutinya kerana ada kerja lain.
Saya tanya Datuk Azeez, nak pergi tolong orang Pas ke ? Dia jawab nak tolong semua tak kira Pas atau Umno kerana arahan PM supaya tolong kesemuanya.
Akhirnya orang Umno yang dikatakan jahiliah juga yang tolong, mana dia pemimpin Pas ? kenapa tak pergi tolong orang-orang mereka ?
Rombongan sukarelawan yang diketuai oleh Datuk Azeez berkumpul di LCCT sejak jam 3 petang semalam untuk bertolak ke Cairo. Sejam ke sejam penerbangan ditunda. Sehingga jam 11.00 malam tadi mereka masih belum dapat 'clearance' lagi dari pihak berkuasa penerbangan Mesir untuk berlepas ke Cairo. Dengar cerita mereka dah lunyai sekarang ini kerana dah 10 jam duduk menunggu di LCCT untuk berlepas ke Cairo.
Semuanya kerana kesesakan trafik udara dan lapangan terbang disana kerana semua orang nak keluar dari Mesir dan secara kebetulan pula Air Asia tiada hak mendarat di Mesir. Itulah yang membuatkan kerja semakin susah.
Ada sesetengah beruk yang yang tak faham duduk melalak dalam blog kononnya kerajaan lambat bertindak. Dia tak tahu yang kerajaan sedang bersusah payah berusaha. Apa kau ingat nak pergi angkut orang kat Chow Kit dan bawa ke Petaling Street ke ? Kalau rasa Pas terror sangat pergilah ambil sendiri bawa balik. Bercakap berdegar-degar , tapi habuk pun tarak.
pns x bce artikel ni? agak lah kan?sape x pns ak rse ade problem lah kot tu.ak bkn nk berpolitik.ak nak kite berfikir ats dasar PERIKEMANUSIAAN.jika kau UMNO yg baik,kau x kan kisah menolong org lain TANPA KIRA dye pas atau UMNO..keji sungguh gaya penulisan kau.bagaikan kau rela tgk lebih ramai umat islam disne,rakyat malaysia disne,mati .sbb mereka berterima kasih dgn kerajaan lah,mereka belajar jauh2,susah2 dan akhirnya kerja dgn kerajaan.ade kau pK pasal tu?yg kau pK,kau byk menolong mereka,dan kemudian,kau nk kan balasan.IKHLAS ke tu?dan lagi satu,ak suke komen org ni..
Saudara silap kerana mengchop hampir setiap pelajar ugama adalah orang Pas..kalaulah begitu saudara telah membuat pengakuan terbuka bahawa mereka yg berpengetahuan ugama adalah orang PAS.Jadi dari premis tersebut kita bolih menganggap mereka yg cetek ugamanya adalah orang Umno.Sya sarankan saudara perbetulkan andaian saudara kerana dengan pengakuan terbuka ini membuktikan apa yg di dakyah PAS itu betul bahawa ahli Umno terdiri dari orang fasik dan.....ini akan menyusahkan perjuangan Umno di masa depan.Lain kali berhati hatilah memberi kenyataan terbuka agar tidak memakan diri atau menyusahkan parti walaupun niat saudara untuk mendapat "political mileage".Satu lagi jangan di ulang perkataan belanja kerajaan kerana rakyat sudah tau apa itu kerajaan dan darimana hasil negara diperolihi .
maaf andai ade yg kat luar sne terasa.mmg betul,kite rakyat malaysia x bole lari dari berpolitik.tapi,kte kene utamakan islam dulu ape2 pun..ingat tu...hidup biar ada hati yg berasa belas dgn org lain.biar nnty ,saat kite tumbang,akn ade org yg berasa belas dgn kite.
1 comment:
kebetulan baru baca dari blog yg sama. langsung x matang, tgh2 krisis pun ade gak plan nak jatuhkn peribadi org lain. Melayu Islam nak gaduh sesama melayu Islam lak tu. Bilanya Islam nk bdaulat kalau melayu tak sepakat. haih~ sape nak tanggung dosa ni? comment kt blog tu da 400++
=,='
Post a Comment