buka je facebook,ada berita pasal akhowat diganggu oleh orang arab.rasanya,hal ni bagai tak pernah surut.pelbagai cara telah dilakukan bagi mencegah hal ini berlaku.tapi mengapa ia terus berleluasa?adakah kerana akhowat tidak ambil langkah berjaga2?atau akhowat tak berasa takut dengan berita2 yang dipaparkan?

kesemua langkah yang diberikan bagi mengelakkan hal ini terus berlaku mungkin kebanyakkan para helwi ikuti.contohnya jalan bersama kawan,membawa alatan keselamatan dan lain2 lagi.tapi kes begini tetap berlaku.

benar! kita jalan bersama kawan.ditangan kita ada pen,ada penyembur wangi,ada kunci.kita bagaikan sudah yakin bahawa kita akan selamat.tapi sedarkah kita bahawa tanpa keyakinan pada diri sendiri,semua benda itu langsung tidak berguna.tidak guna jalan dengan memegang pen,jika andai kita diapa2 kan,kita rasa takut untuk bertindak.kita tidak lemah wahai akhowat!
yakinlah kita juga boleh melawan mereka.yakin lah kita bukan lemah.kelembutan seorang muslimah bukan bermaksud kita lemah.jadikan didalam kelembutan ada ketegasan.
semoga kita sama2 dapat mencegah dan mengurangkan kes seperti ini.
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment