
assalamualaikum..
bile kat skola dulu,slalu dgr akak2 ckp .
bile dtg haid x bole potong kuku .kalau nk potong kuku,kene pergi dkt tmpt yg akn kene hujan.
bile dtg haid x bole cukur bulu ketiak,bulu mata,n so on.. kalau x nnty kene bwk tyme mndi wajib skali
bile haid,kalau ade rmbut gugur kene kutip .pastu bshkan skali tyme mndi wajib .
ak rse bkn ak je slalu dgr .ramai org penah dgr . kte un membuta tuli ikut ape org ckp tnpa cari kesasihannya. (mcm la ak x ikut=.= )
Mengikut Syeikh Soleh Munjid, permasalahan ini biasanya timbul daripada fahaman salah bahawa kuku dan rambut yang dipotong dalam keadaan seseorang sedang berjunub, haid atau nifas akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tidak suci. Fahaman ini adalah tidak benar. Sebenarnya tiada dalil yang mengharamkan seseorang memotong kuku dan seumpamanya ketika dia sedang berjunub, haid atau nifas.
Dalam kitab fatwa "فتاوى نور على الدرب" oleh syeikh Ibnu Uthaimin, bahawa beliau pernah ditanya seperti berikut:
" سمعت بأن مَشط الشعر لا يجوز أثناء الحيض ، ولا قص الأظافر والغسل ، فهل هذا صحيح أم لا ؟
Maksudnya:
Saya mendengar bahawa menyikat rambut, memotong kuku dan mandi tidak harus waktu haid, adakah pandangan ini betul atau salah?
Syeikh menjawab:
هذا ليس بصحيح ، فالحائض يجوز لها قص أظافرها ومشط رأسها ، ويجوز أن تغتسل من الجنابة
Maksudnya: Pandangan tersebut adalah tidak benar. Wanita haid harus baginya memotong kuku, menyikat rambut dan juga harus baginya mandi ketika berjunub.
Sebagai kesimpulan, adalah harus bagi orang yang sedang berjunub, haid dan nifas memotong kuku, rambut dan seumpamanya. Tiada dalil sahih dan tiada pandangan ulama-ulama mazhab muktabar yang mengharamkan perbuatan tersebut.
(petikan dicopy dari majlis ulama ISMA)
jadi anak2 sekalian,jgn smpykan ilmu yg salah =) thanks kerana membaca .
No comments:
Post a Comment