Tuesday, January 25, 2011

MUHASABAH SEM LEPAS,MELANGKAH KE SEM BARU

assalamualaikum =)
alhamdulillah,sem1 sudah lama melabuh kan tirai.dan sekarang,para helwi menghitung hari bagi melangkah ke sem yg baru.bagaimana perasaan?berdebar-debar?takut?atau biasa sahaja?

melangkah ke sem baru membuatkan kita merasakan kita perlukan semangat yang baru.belajar daripada kesilapan sem lepas adalah titik utama yang perlu diambil berat.kalau sem lepas kita suka ponteng kuliah,takkan sem ni kita nak buat perangai yang sama?jika sem lepas kita suka tersengguk2 dalam kelas,apa kata sem baru nanti kita minum nescafe sebelum pergi kelas(tapi nescafe juga tak baik utk kesihatan ye kawan2).jika sem lepas result imtihan kita cukup2 makan je,bila lagi kita nak rasa result yang gempak2?

mungkin sem lepas banyak kekurangan yang kita lakukan.kita hanya belajar untuk lulus dan cemerlang dalam peperiksaan.tapi apa sebenarnya niat kita mencari ilmu yang sebenarnya?sudah tentu lillahi taala..tepuk dada tanya iman.

adakah cukup,kita bermuhasabah soal pelajaran?seorang mahasiswi yang berjaya hanya dilihat pada ilmu nya sahaja?dan mungkin kecantikkan nya sahaja?sudah pasti tidak.andai cetek ilmunya,tapi berakhlak terpuji,sudah pasti lebih dihomati.tidak guna jika belajar siang malam,jika akhlak langsung tidak terjaga.

terbaik kah akhlak kita sesama manusia?terbaikkah kita dimata manusia?jikalau tak jadi terbaik dimata manusia pun,adakah kita menjadi terbaik pd Allah?biarlah kamu tidak menjadi baik dimata penduduk bumi.tapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

ikhlaskan hati dalam bermujahadah kepada Allah.berjuang itu tak kenal penat dan lelah.ketahuilah menuntut ilmu itu satu jalan jihad.

Allah meninggikan darjat orang2 yg berilmu itu daripada orang2 yg tidak berilmu dalam firman-Nya: Nescaya Allah akan meninggikan orang2 yg beriman di antara kamu dan orang2 yg diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat - (Surah al-Mujadalah: 11)

semoga sem baru yang akan menjelang tidak lama lagi memberikan sinar baru pada para helwi sekalian..

wallahu'alam~

No comments: