moga warga helwi sekalian sihat sejahtera .insyaAllah..
seringkali kita dengar,suara2 tak kira lah dari warga universiti sendiri,atau orang luar mengatakan,pelajar malaysia yang belajar dijordan,tidak berkualiti kerana mendapat markah kasihan oleh doktor2 disini.
adakah ini benar?atau sekadar khabar angin?
adakah kita selaku mahasiswa yang manja,atau kita dimanjakan?
jika kita lihat,ada sesetengah doktor yang sering memberikan markah bonus.terutamanya bagi pelajar malaysia.hal ini kerana mereka faham,bahawa kita sukar untuk memahami sepenuhnya apa yang diajar.terutama jika ia diajar dalam bahasa ammi.jadi,adakah kita yang manja?atau kita sudah biasa dimanjakan??
kehadiran dikuliah,jarang sekali pelajar malaysia ponteng.kemungkinan dari sudut itu,doktor dapat lihat,kesungguhan pelajar2 malaysia yang betul2 ingin memahami apa yang dipelajari.

disebalik kelebihan,pasti ada kekurangan.akibat pelajar malaysia sering dimanjakan,lantas mereka mula tunjuk lagak.atau dalam bahasa kasarnya,naik kepala.apabila peperiksaan bakal tiba,usaha yang diperuntukkan untuk belajar,hanyalah cukup2 makan.kerana mereka tahu,doktor2 akan memberikan markah kasihan.

jadi,inikah yang kita mahu?mahukan satu hari nanti diwar2 kan bahawa pelajar keluaran jordan tiada kualiti?sudah tentu tidak !tanggungjawab yang besar menanti kita dimalaysia.jika kita tiada usaha untuk mencemerlangkan diri kita,dan hanya mengharap dengan belas kasihan doktor2,sampai bila kita nak hidup dengan usaha dan markah yang cukup2 makan?
muslimah terkenal dengan kerajinannya.muslimah dikenali dengan kepandaian pemikirannya.muslimah yang istiqamah dengan usaha murninya pasti memperoleh kejayaan.bukan sahaja didunia.ganjaran akhirat jua menanti.Allah meninggikan darjat orang2 yang berilmu.jadi,tak rugi kan jika kita berhempas pulas sampai tunggang terbalik untuk berusaha mendapatkan mumtaz tanpa mengharapkan belas kasihan doktor2?
jom berjihad dalam belajar.moga kita dapat membangunkan islam !
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment