Sunday, January 2, 2011

gempa bumi di irbid,jordan semlm .(tempat aku )


-yg bertanda merah ue tmpt aku-

LEMBAH UTARA IRBID ( 2 Januari 2011 ) : PANIK, itulah perasaan yang boleh digambarkan oleh mahasiswa-mahasiswa Malaysia yang mendiami Bandar Irbid ketika mana berlaku gegaran kecil sekitar beberapa saat disini semalam. Kejadian itu berlaku selepas waktu Isyak waktu Jordan.

Menurut sumber berita 'Amon', ketika menghubungi Gabenor Wilayah Irbid, Imad Azzam, beliau berkata " Saya berasa gegaran berlaku selama beberapa saat. Saya juga menghubungi beberapa kenalan yang lain yang menetap disekitar dan ternyata mereka juga merasakan hal yang sama.

Ketika menemubual beberapa mahasiswa Irbid, mereka juga menyatakan perasaan terkejut kerana tidak pernah merasakan hal ini berlaku selama ini.

" Semasa sedang mengulangkaji untuk peperiksaan esok, saya melihat monitor komputer saya bergegar bahkan saya juga turut merasakan hal yang sama. Selepas itu saya mendapat notifikasi di Facebook daripada rakan-rakan yang mana turut menyatakan hal bahawa mereka merasa gegaran selama beberapa saat' kata salah seorang mahasiswa.

Gegaran ini menyebabkan berlaku sedikit kerosakan pada rumah-rumah penduduk arab utara Irbid yang mana rumah mereka hanya dibina dengan batu-batu blok. Namun begitu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Para mahasiswa Malaysia yang menetap di sekitar Bandar Irbid juga dilaporkan selamat dari sebarang bencana.

Setakat ini tiada arahan ataupun amaran keselamatan dikeluarkan oleh pihak Education Malaysia Jordan dan Kedutaan besar Malaysia. Pihak PERMAI akan segera menghebahkan kepada semua mahasiswa sekiranya ada apa-apa amaran keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak keduataan ataupun Education Malaysia. Oleh itu, para mahasiswa dinasihatkan agar bertenang dan menjalankan kegiatan harian seperti biasa.


ulasan aku : ak x tahu hal ni .smpy ak on9 tgh mlm semlm ...pas maghrib semlm ak tetido .sementara nk mennty wktu isyak ... ak tersedar pukul 7mlm.isyak pukul 6.15.so ak xpasti bile jd....agak menakutkan...harap kejadian ni juz sekali ...... n mlm td aku mimpi,askar israel serang jordan ...agak la,pas mimpi ue ak sedar terus mengalir air mata .mane x nye...ak mimpi,ak balik dr kuliah..ak lalu bgnn yg x siap.then askar israel duk ats ue.baling batu bsr2 kebwh ......dpt bygkan x?sila bygkan !

MOHON DOA SEMUA.AGAR KAMI SELAMAT DISINI .amin ~



1 comment:

Belakang Garisan Pena said...

aku sedang menjamu maggi masa ni, rumah bawah tanah tak la terasa sangat getarannya. rasa macam berad dalam sampan yang dihayut ombak saja. bezzzzzz